Jatuh Bangun Dalam Kehidupan | Langit tidak selalu cerah
begitulah gambaran kehidupan seorang manusia. Adakalanya sentiasa di
landa pelbagai masalah dan dugaan. Lemahnya jiwa tatkala kita di landa
dugaan hidup. Kehidupan bukan seindah impian kita. Kehidupan meliputi
recah hidup yang berbeza. Setiap individu akan mengalami dugaan yang berbeza dengan individu lain.
Dugaan Itu Pasti
Dugaan itu sudah pasti menimpa setiap manusia di muka bumi ini. Tipu
jika ada yang mengatakan hidup mereka tiada masalah dan dugaan. Dugaan
berbetuk apa yang menimpa manusia? Adakalanya manusia di timpa dugaan
kematian orang tersayang, di buang kerja, hidup dalam hutang yang
banyak, gagal dalam pelajaran dan pelbagai dugaan yang pasti berbeza
mengikut individu.
Bangkit Hadapi Dugaan
Usah biarkan diri kita lemah tatkala dugaan datang melanda diri.
Tanamkan azam bahawa setiap dugaan pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Intailah hikmah itu dan rasailah kemanisan dugaan. Setiap dugaan pasti
ada kegemberiaan akan datang. Bahagianya manusia apabila dia sentiasa
bersyukur atas dugaan yang menimpa dan tidak pernah kenal erti putus
asa. Manusia hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan setiap
hasil usaha manusia.
Positif Dalam Kehidupan
Apabila dugaan dan masalah tiba dalam kehidupan, tenang dan berfikiran
positiflah menghadapinya. Nilai positif dalam diri akan menjadi sumber
kekuatan untuk kita terus berusaha dan menghadapai setiap dugaan dengan
tabah dan sabar.
"Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka, dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya." (Al-Furqan:75)
Teruskan kehidupan dengan meletakkan Allah sebagai kekuatan diri.
menulis menconteng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan