Home Klik Di Bawah

Selasa, 1 Oktober 2013

AKU TIDAKLAH SEKUAT MANA

Seringkali aku jatuh tersungkur.. kerana aku bukanlah seorang yang gagah. Namun, aku mencuba untuk bangkit walaupun berkali-kali tersungkur. Dugaan datang bertimpa-timpa hingga kadangkala terasa berat dan payah untuk dipikul oleh tubuh kecilku ini.


kekuatan,jiwa,hati dan perasaan 
 

Aku tidaklah sekuat mana.... Ya, aku tidaklah sekuat mana dan itu bukanlah alasan untuk mengatakan Allah SWT itu tidak adil kerana Dia adalah Yang Maha Adil. Kita tidak diuji dengan ujian yang melebihi kemampuan kita...bukankah begitu??

Hari ini...kita terlalu banyak mengeluh sampai berpeluh-peluh daripada memikirkan keadaan diri insan-insan lain yang lebih hebat dan maha hebat dugaannya daripada apa yang kita terima. Bersyukurlah...Allah itu masih menyayangi dirimu. Rendahkanlah hatimu dalam memohon keampunan dari-Nya.

Selagi waktu masih ada...
 http://kum-pun.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan