Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dapat perkhabaran dari Mekah ribut
kuat dan hujan lebat melanda Padang Arafah sehingga berlaku banjir.
Pesiapan untuk menerima jutaan jemaah haji 2013 juga terganggu apabila
banyak kemah diterbangkan angin dan tenggelam akibat banjir kilat.
Mengikut sejarah moden belum pernah lagi berlaku banjir sehebat ini
di Padang Arafah. Pada 2010 berlaku hujan lebat di Mina ketika jemaah
sedang melontar dan pada 2006 berlaku banjir juga di Mina.
Gambar banjir di Padang Arafah
Khabarnya ribut kuat dan hujan lebat yang melanda Arafah berlaku
selepas solat Asar kira-kira jam 4 pm. Ketika itu hanya gerimis sahaja
di Masjidil Haram jadi ramai jemaah yang tidak sedar kejadian sehingga
mendapat berita dari keluarga di Malaysia.
Walaupun jemaah haji 2013 telah berkurangan 20% pasti kejadian ribut
di Arafah akan memberi cabaran hebat untuk menyediakan kembali kemudahan
yang telah rosak. Jemaah yang akan mula masuk ke Arafah pada petang 8
Zulhijjah pasti mengharapkan kemudahan yang baik dan selesa.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Setiap kejadian pasti ada sebab musabah dan petanda kepada sesuatu
yang hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semuga banjir yang berlaku di
Arafah menjadi petanda baik dan menjadi asbab meningkatnya iman semua
jemaah haji 2013 dan semua umat Islam di dunia. Untuk mendapat haji
mabrur bukan mudah perlukan mujahadah dan kesabaran yang tinggi untuk
melalui berbagai ujian yang tersurat dan tersirat.
Haji mabrur tidak diukur dengan jumlah wang yang dibayar untuk
mengerjakan haji tetapi bergantung kepada usaha yang tidak pernah
berhenti. Antara tips untuk mendapat haji mabrur adalah :
1. Banyak memberi salam.
2. Banyak memberi makan dan minum kepada jemaah lain.
3. Ringan tangan memberi khidmat kepada jemaah yang memerlukan.
4. Sentiasa bersabar dengan segala ujian yang datang.
5. Banyak bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan.
Semuga ribut dan banjir di Arafah menjadi asbab jemaah haji 2013
mendapat haji mabrur yang akan bertebaran di atas muka bumi Allah
membawa syiar Islam.
http://denaihati.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan