Penyanyi Nurul Wahab akhirnya mendedahkan gambar anak lelakinya menerusi laman blognya, semalam.
Walau bagaimanapun, Nurul masih lagi belum mendedahkan nama bayi lelakinya namun lebih selesa menggelarnya sebagai Baby Z.
Nurul selamat melahirkan Baby Z pada 3
Oktober lalu dan ini merupakan anak kedua Nurul sementara yang pertama
buat suaminya, warga Perancis, Eric Deep.
Untuk makluman, Nurul dan Eric bernikah
pada 6 Jun tahun lalu dan majlis pernikahan mereka berlangsung di
Duchess Place, Ampang dengan dihadiri keluarga dan kenalan rapat
pasangan tersebut.
Hasil perkahwinan terdahulu, Nurul dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini sudah berusia 15 tahun.
mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan