Bukan orang biasa sahaja yang ada
perangai yang pelik atau unik ini. Jutawan pun ada juga yang perangai
pelik lagi aneh ini. Malah lagi pelik dari orang biasa. Jom kita baca..
1. Jutawan yang ditangkap kerana selalu berak di kaki lima.
Bertahun lamanya, North Ryde, yang
mengusahakan sebuah restauran berasa bingung dan bagai nak gila apabila
datang ke kedainya untuk memulakan perniagaan di pagi hari dan mendapati
ketulan-ketulan najis yang memenuhi kaki lima di depan restauran nya
itu. Namun kali ini beliau nekad, dan memasang sistem kamera litar
tertutup (CCTV) untuk menangkap orang misteri yang sanggup berbuat
demikian kepadanya.
Taktiknya membuahkan hasil apabila sempat
merakamkan wajah manusia durjana itu tetapi menimbulkan 1000 tanda
tanya apabila apabila dimainkan berulangkali dan pihak polis mendapati
lelaki berkenaan adalah seorang jutawan yang bernama Salvatore ”Sam”
Cerreto. Beliau adalah seorang pengusaha hartanah berusia 71 tahun dan
di dalam video tersebut sangat jelas dan nyata beliau berjalan-jalan
sambil membawa tisu tandas, mencangkung dan melepaskan hajatnya itu
didepan kedai tersebut.
Menurut laporan, ramai lagi yang menjadi
mangsa perbuatan pelik jutawan tersebut dan mereka merasa sangat lega
kerana mimpi ngeri mereka selama 4 tahun akhirnya tamat.
2. Jutawan yang membuka Bank Sperma dan mengumpul sperma-sperma dari pemenang anugerah Nobel.
Robert Clark Graham telah membuka Bank
Sperma sekitar 1980 yang bertempat di San diego dan hanya menerima
sperma daripada pemenang-pemenang anugerah Nobel dengan harapan dapat
mengumpul baka-baka terbaik dari seluruh dunia.
Namun begitu, usahanya itu semakin tidak
berbaloi dan hasratnya tidak kesampaian memandangkan usia
pemenang-pemenang anugerah Nobel sudah lanjut dan tidak mampu memberikan
jumlah yang optimum kepada banknya itu.
Graham kemudiannya terpaksa mengurangkan
kriteria kepada yang ingin menderma namun masih agak keterlaluan apabila
penderma mestilah memalui beberapa siri ujian IQ untuk layak menjadi
penderma.
Kemudian, Graham sekali lagi terpaksa
mengurangkan syarat-syarat membebankan itu dan membuka pula peluang
kepada golongan atlit. Pada 1999, bank itu ditutup selepas beliau
meninggal dunia.
Selama tempoh ia berfungsi, sejumlah 229
bayi dilahirkan dengan sperma-sperma genius itu, namun setakat ini tidak
ada seorang pun yang menunjukkan ciri-ciri pemenang anugerah Nobel.
Ironi…..
3. Jutawan dalam dunia maya, Online Game: Second Life.
Second Life adalah sejenis online game
yang di usahakan oleh Linden Lab dimana pengguna boleh memulakan hidup
baru disana dengan membuat kerja, berniaga dan juga bersosial. Permainan
ini dilancarkan pada 23 june 2003 dan mempunyai sehingga 20 juta orang
pengguna berdaftar.
permainan ini juga dilengkapi dengan
matawangnya sendiri dimana pengguna boleh menukar 1 USD kepada 250-275
Linden Dollar yang hanya boleh digunakan didalam permainan tersebut.
Seorang bekas guru dari China yang bernama Ailin Graef mula bermain
permainan ini pada tahun 2004 dan kini beliau telah memiliki sejumlah
wang sebanyak 300 juta Linden Dollar yang juta bersamaan melebihi 1 juta
USD.
Ailin menggunakan wataknya yang bernama
Anshe Chung untuk membeli tapak-tapak dan tanah terbiar di dalam dunia
maya itu untuk dimajukan dengan secara membina kawasan perumahan di
atasnya yang mana kemudiannya dijual kepada pengguna yang lain.
Kini Ailin mengupah 10 orang programmer
untuk bekerja dibawahnya dalam usaha untuk memajukan lagi tanah-tanah
terbiar. Ailin juga diiktiraf sebagai orang yang pertama mencapai aset
sebanyak itu dan orang yang paling berjaya didalam ‘kehidupan keduanya’
walaupun didunia realiti dia hanya lah seorang bekas guru.
4. Jutawan yang mendermakan seluruh hartanya hanya kerana dia tidak gembira.
Karl Rabeder, dibesarkan dari keluarga
yang serba kekurangan dan selalu bercita-cita untuk menjadi seorang yang
kaya apabila besar nanti.
Rabeder kemudiannya menderma seluruh
harta-hartanya itu yang merupakan sebuah villa menghadap tasik di Alps,
Estate sebanyak 42 ekar di France, 6 buah Glider, kereta-kereta mewah,
dan beberapa lagi rumah miliknya. Kesemua hartanya itu didermakan ke
beberapa buah badan kebajikan di beberapa negara.
Rabeder kemudiannya membawa diri ke tanah
terbiar dan membina sebuah pondok kecil di Innbrucks, Austria dan hidup
dengan gembiranya disitu. Menurut beliau, duit adalah penghalang
kebahagiaan dan banyak memberi masalah untuk diselesaikan.
5. Jutawan yang juga merupakan seekor anjing.
Gunther IV nama diberi, dan beliau
merupakan anjing terkaya didunia. Gunther IV adalah seekor anjing jenis
German Shepherd dan mewarisi harta yang banyak dari ayahnya Gunther III.
Manakala Gunther III pula mewarisi harta tersebut dari seorang
bangsawan German yang bernama Karlotta Liebenstein.
6. Jutawan yang jual rumahnya untuk tinggal bersama suku kaum di Kenya setelah diangkat menjadi ketua.
Graham
Pendrill adalah seorang saudagar barang-barang antik berasal dari
Bristol, UK. Beliau yang merupakan seorang bujang berusia 57 tahun dan
beliau kini ingin menjual rumah agam nya yang berharga 1.2 juta pound
sterling untuk tinggal bersama suku kaum Masai dari kenya setelah mereka
mengangkat beliau menjadi Elder of the Tribe.
Kisahnya bermula daripada Graham melawat
negara tersebut tahun lepas dan telah menyelesaikan permasalahan antara
suku kaum disana. Kaum Masai kemudiannya berhutang budi kepada beliau
dan mengangkatnya menjadi seorang dari ahli suku kaum tersebut.
Sebelum menjadi ahli kaum, Graham
menjalani ritual minum air kencing lembu dan seekor lembu telah
dikorbankan khas untuk jasanya.
Setelah pulang ke kampung halaman, Graham
sering dilihat berpakaian ala-ala suku kaum tersebut dan bersandal
walaupun dengan statusnya sebagai jutawan. Rancangan seterusnya untuk
beliau adalah untuk menjual rumahnya di Bristol itu dan berpindah
kembali ke puak Masai yang dijangka akan berlaku pada hujung tahun ini.
7. Jutawan macho yang ingin membeli bandar di Bulgaria dan ingin menukarkannya kepada namanya.
Jutawan sexy ini, Scott Alexander,
merupakan diantara jutawan yang paling banyak membuat kontrovesi
sehingga beliau digelar sebagai ‘Brittain’s biggest spender‘ dan juga
‘the most vain man in Brittain‘. Beliau pernah dilaporkan suka
berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga 7000 pound sterling hanya
untuk barangan solekannya untuk seminggu.
Kini beliau kembali dengan kontrovesi
barunya iaitu ingin membeli sebuah bandar di Bulgaria dan menamakannya
Alexander bersempena nama keluarganya.
Bandar Alexander akan dijadikan tempat mempromosikan produk-produk kecantikan seluruh dunia.
“Saya memilih Bulgaria kerana namanya
yang agak susah untuk disebut, lagipon Alexander lebih senang untuk
disebut dan lebih segak….,” tambahnya lagi.
8. Jutawan yang juga seorang jururawat dan tidak mahu berhenti menjadi jururawat.
Seorang jururawat yang telah memenangi
wang tunai sebanyak sejuta pound sterling memalui rancangan realiti The
Vault telah memutuskan bahawa beliau tidak akan sama sekali berhenti
daripada menjadi jururawat walaupon gaji jururawat hanya lah 25,000
pound sterling setahun.
Karen Shand yang bertugas di Hospital
Kirkcaldy, Scotland itu telah memenangi wang tunai sejumlah itu apabila
berjaya menjawab 6 soalan dengan betul dan beliau adalah orang yang
pertama mencapai kemenangan setinggi itu melalui rancangan tersebut.
Jururawat yang berusia 40 tahun itu
berkata bahawa wang sebanyak itu mungkin akan mengubah hidupnya tapi
tidak sesekali akan mengubah siapa dirinya.
9. Jutawan yang tiada tempat tinggal (homeless).
Nicholas Berggruen bukan lagi bertaraf
millionaire akan tetapi billionaire. Namun jejaka ini hilang minat
terhadap memiliki sesuatu kerana baginya memiliki sesuatu bukanlah hebat
mana malahan adalah sesuatu beban kepada manusia. Oleh sebab itulah
beliau tidak memiliki sebarang kereta mewah, rumah dan lain-lain.
Beliau membungkus segala barang-barang
penting dalam hidupnya, menjual kondominiumnya di New York, menjual
rumah agamnya di Florida, dan menjual satu-satunya kereta yang dia ada
dan memulakan kehidupannya dengan menginap di hotel.
Kesemua hartanya itu akan didermakan di
beberapa buah badan kebajikan dan koleksi seninya pula didermakan kepada
sebuah musium di Berlin. Anggaran yang dibuat oleh majalah Forbes pada
tahun 2010 mendapati hartanya bernilai 2.2 billion USD.
10. Jutawan yang menyuruh anaknya bekerja sambilan di MacDonalds.
Perdana menteri Thailand, Thaksin
Shinawatra, menghantar anak perempuannya untuk bekerja di MacDonalds
untuk mengajar anaknya tentang susah payah untuk mendapatkan duit.
Thaksin juga kadang-kadang akan berhenti di restauran tersebut untuk
membeli makanan dari anaknya sendiri.
Thaksin juga turut berkata bahawa jangan
memberi layanan istimewa kepada anaknya itu dan hendaklah dilayan
seperti pekerja-pekerja yang lain. Dan jika perlu, suruhlah dia mop
lantai sama seperti pekerja yang lain juga.
P/S: perghh~ memang pelik dan unik mereka semua ni. Banyak ragam dan karenahnya.. tapi mereka jutawan. hebatkan..
http://abusyahirah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan