Home Klik Di Bawah

Isnin, 18 November 2013

Manfaat Coklat Hitam

Assalamualaikum,
Tentu ramai yang menggemari keenakan rasa coklat. Kini terdapat pelbagai produk berasaskan coklat terdapat di pasaran. Coklat hitam dikatakan baik untuk kesihatan. Namun, tahukah anda manfaat coklat hitam terhadap kesihatan anda?
  
Manfaat Coklat Hitam
Manfaat Coklat Hitam (Gambar hiasan) - Google
Beberapa manfaat coklat hitam kepada kesihatan adalah seperti berikut
 
 
1. Mencegah penyakit jantung
Memakan coklat hitam dalam kuantiti yang kecil 2-3 kali seminggu boleh merendahkan tekanan darah anda. Ianya boleh meningkatkan aliran darah dan menghalang pembekuan darah serta arteriosclerosis (pengerasan arteri).
 
2. Baik untuk otak
Coklat hitam mengandungi phenylethylamine (PEA), iaitu sama seperti kimia yang dihasilkan oleh otak ketika jatuh cinta. PEA menggalakkan otak anda untuk menghasilkan endorphin yang membuatkan anda berasa gembira.
 
3. Mengawal gula darah
Coklat hitam dapat mengawal gula dalam darah serta melindungi dari penyakit diabetes (kencing manis). Kandungan flavanoid di dalam coklat hitam membantu meningkatkan pengeluaran insulin badan secara semulajadi. 
 

4. Antioksida
Coklat hitam mengandungi antioksida yang membantu tubuh anda bebas dari radikal bebas. Radikal bebas ini boleh menyebabkan penuaan dan kanser. Kandungan antioksida di dalam coklat hitam boleh melambatkan penuaan dan melindungi anda dari kanser.
 
5. Mengurangkan kaviti gigi
Tidak seperti gula-gula lain, coklat hitam mengurangkan risiko kaviti dengan syarat anda mengamalkan kebersihan gigi yang betul. 
 
6. Kandunga vitamin dan mineral
Coklat hitam mengandungi beberapa vitamin dan mineral seperti kalium, copper, magnesium dan besi. Kandungan copper dan kalium bermanfaat untuk mencegah penyakit kardiovaskular dan strok. Manakala besi mencegah anemia (kekurangan darah) dan magnesium mencegah diabetes, tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.


Oleh itu usahlah ragu-ragu untuk mengambil coklat hitam. Tentu banyak manfaat coklat hitam yang akan anda perolehi.
http://blogmizzaiza.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan