Semalam saya cuba buat cheese cake tanpa menggunakan cream cheese. Boleh ke? Mestilah boleh, sebab Ros jintanmanis yang kata boleh.
Kek
keju tanpa guna cream cheese ini sebenarnya menggunakan kepingan keju
(slices cheese). Keju keping yang selalu dimakan dengan roti tu lah atau
yang selalu kita apitkan di tengah-tengah burger.
Meskipun cuma guna slices cheese, tapi rasanya hebat. Lembut, gebu, manis, berkrim, wangi dan seakan-akan Japanese Cheesecake.
Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese (saya pakai 4 keping)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.
Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue (bertanduk).
Di
dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam
adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul
lagi, pastikan adunan tidak berketul.
Akhir
sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan
beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.
gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan
kek di dalam acuan .
Bakar
pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah
selama 40 minit (apabila diturunkan suhu, saya cuma bakar selama 30
minit), gunakan acuan kek berukuran 18cm (saya guna yang 9 inci) dan
letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie (klik sini untuk penerangan lanjut tentang bain-marie), untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
Hias
ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Kek ini lembut dan
ringan. Tak rugi mencubanya. Saya parut keju cheddar untuk kesan cheese
yang berganda.
Sebelum dihias |
Parut Keju Cheddar |
Ini nota daripada Ros Jintanmanis:
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu
meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan
meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe,
janji ikut suhu tu betul-betul ya.
Apabila
di bawa ke ofis, semua orang gembira makan kek ni. Parutan keju cheddar
pada permukaan kek, menambahkan lagi kemewahan kek ini.
http://emiliaputeri.blogspot.com
Wow! Best bye! Going to try! Hopefully menjadi. Tq for sharing.
BalasPadamklu kukus guna pengukus tu bleh x? :)
BalasPadamX boleh.
PadamSebab takut nanti jd mcm hantu bungkus.
Naya je kat awak.
Dah cuba. tq resepi ;)
BalasPadamcantik nama awak.
Padamdah cuba. sngt terbaik. sedapp
BalasPadamSis... Time bila nx taruh tpg dalm adunan
BalasPadamSis... Time bila nx taruh tpg dalm adunan
BalasPadamTime awak x sibuk basuh baju.
PadamBolehlah taruh tpg tu.