12 Sebab Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita Lebih Tua
Faktor usia
bukanlah faktor yang diutamakan oleh lelaki dalam bercinta dan memilih
calon isteri namun mungkin kerana wanita yang lebih tua lebih mudah
memahami kerana lelaki juga perlukan perhatian bukan wanita sahaja.
Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong mereka dan salah faktor adalah wanita berusia.
1. Wanita berusia lebih matang.Kerana wanita yang berusia lebih matang
dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup
mereka.
2. Kedudukan kewangan mereka lebih stabil daripada gadis-gadis muda.
Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan.
Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik
perhatian mereka.
3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan
dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih
berpengalaman.
4. Dan pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan
berpijak di bumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala fairy tale.
5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih
bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur
dalam menyuarakan pendapat.
6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul
dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri
sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka
lebih menarik.
7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan
memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua
itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka
merasakan sedemikian
8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih
‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita
berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan
menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.
9. Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’
atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah
agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda,
tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu
masih normal.
10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda
yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan,
pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian
yang lebih.
11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan
kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap
mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah
berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.
12. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan,
dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah
yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.
http://mforum.cari.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan