Home Klik Di Bawah

Isnin, 6 Januari 2014

Fakta -Sejarah bangsa-bangsa ( Bah 1)

Bukan mudah untuk menentukan daripada manakah salasilah satu-satu bangsa. Contohnya, bangsa Melayu. Dengan berlakunya banyak perkahwinan campur dan asimilasi bangsa, ‘originality’ bangsa Melayu hilang. Bangsa Melayu sebenarnya terbentang sejauh Vietnam hingga ke Filipina. Malahan Bangsa Siam adalah juga Bangsa ‘Melayu’ sebelum berlakunya asimilasi dengan Bangsa cina dan lain-lain bangsa untuk membentuk satu bangsa baru iaitu bangsa Thai. Kalau di ikutkan, Bangsa Melayu Champa adalah satu-satunya bangsa Melayu yang kekal bertahan ke-MELAYU-annya di ‘sebelah sana’ dengan mengamalkan pula cara hidup Islam!




BANGSA CINA
Kalau dilihat dengan aspek yang lebih jauh. Sebagai contoh bangsa Cina. Mereka memiliki keaslian yang sangat kuat. Mereka sudah ‘establish‘ dan tidak memerlukan pencampuran bangsa-bangsa lain untuk menjadi satu bangsa baru. Orang cina adalah orang yang terkenal sikap mereka yang menjaga salasilah mereka. Miskipun bangsa ini merantau hingga ke Amerika dan Britain, mereka tetap menjaga originality mereka itu. Malahan budaya mereka diterima pula oleh bangsa-bangsa tempat di mana mereka tinggal itu. Bergitulah ‘ajaib’nya bangsa Cina ini.
Sebenarnya,keaslian atau originaliti boleh di ukur dengan beberapa sudut, contoh nya:-
  • Fizikal; orang Cina memiliki mata sepet dan tinggi tubuh bangsa mereka adalah sekitar 1.68m-1.75m.
  • Pertuturan; bahasa cina sukar di campur adukkan dengan bahasa-bahasa lain, ini kerana susunan tatabahasanya dan ‘vocubulary’ bahasa cina sudah lengkap.
  • Budaya; orang cina terkenal dengan budaya mereka seperti seni pertahanan diri dan agama mereka(Confusius,Buddha, dan Toa)
Suku kaum Cina Han masih mengamalkan pemakaian tradisional mereka

Dikatakan bahawa bangsa Cina ini berasal daripada nama Qin. Iaitu Dinasti yang memerintah China sekitar 2500 SM -3000 SM. Pemerintah mereka ialah Shih Huang Di. Seorang pemerintah kejam dan kuku besi tapi amat berjasa kepada bangsa Cina. Beliau dikatakan mengalami satu jenis fobia iaitu fobia kepada mati. Ada lagenda mengatakan beliau memerintahkan pengawai baginda supaya mencari ubat untuk mengelakkan daripada kematian. Pengawai baginda mengesyorkan baginda supaya sentiasa minum satu jenis ‘ubat’ (cecair merkuri) yang akhirnya menyebabkan baginda mati pada usia yang masih dikatakan bergitu muda.

Shih Huang Di juga telah membina asas tembok besar China sebelum disiapkan oleh pemerintah-pemerintah daripada dinasti lain. Beliau juga yang mengarahkan pembinaan secara besar-besaran patung tentera Taracotta. Uniknya Taracotta adalah kerana 8000 patung tentera Taracotta adalah memiliki wajah yang berbeza antara satu sama lain. Ini bermakna, 8000 patung itu mewakili keseluruhan wajah tentera dinasti Qin pada masa itu!
Tembok besar China terbentang bagaikan tulang belakang negara China.

Patung Teracotta yang menyimpan 1001 misteri.
takusahrisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan