Home Klik Di Bawah

Isnin, 17 Mac 2014

Indahnya Adab Islam



Wahai Kawan-kawan ku semua, Islam sangat menganjurkan umatnya mempunyai adab dan akhlak yang baik atau mempunyai akhlak yang mahmudah (terpuji). Adab dan akhlak yang baik ini adalah sebahagian dari dakwah Islamiah untuk menarik minat non muslim kepada Islam.

Rasulullah SAW mempunyai adab dan akhlak yang baik dan menjadi contoh kepada umat manusia sehinggakan ramai dikalangan penduduk Mekah tertarik kepada sikap, sifat, adab dan akhlak baginda. contoh akhlak Rasulullah ialah yang diceritakan oleh Siti Aisyah :
 

Setelah Baginda wafat, ketika itu bising di Kota Madinah dengan tangisan umat Islam di atas kehilangan Kekasih umat. Kesan yang paling besar ialah para sahabat Baginda kerana mereka lebih dekat dengan Baginda. Kalau mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak Baginda maka akan berlinanglah air mata dan tidak dapat menceritakannya. 
 
 
 
Beberapa waktu kemudian, seorang Arab Badwi menemui Omar dan meminta supaya Omar menceritakan bagaimana akhlak Baginda. Omar menangis dan tidak berkata apa-apa, Omar menyuruh Arab Badwi itu berjumpa dengan Saidina Bilal. Setelah Arab Badwi itu berjumpa Saidina Bilal dan mengajukan soalan yang sama. Saidina Bilal menangis pula dan tidak berkata apa dan Saidina Bilal menyuruh Arab Badwi itu berjumpa Saidina Ali bin Abi Talib. 
 
Arab Badwi itu pergi berjumpa dengan saidina Ali dan mengajukan soalan yang sama. Saidina Ali menangis dan bertanya kepada Arab Badwi ceritakan kepada aku tentang keindahan dunia ini. Arab Badwi itu menjawab tak mungkin aku dapat ceritakan keindahan dunia ini. Maka saidina Ali menjawab Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia inipadahal Allah telah berfirman bahwa sungguh kecil dunia ini dan hanya senda gurau sahaja. 
 
Bagaimana aku nak ceritakan akhlak Baginda sesungguhnya Allah berfirman Muhammad mempunyai akhlak yang agong. (Surah Al-Qalam :4). Arab Badwi itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lalu ia bertanya Saidatina Aisyah isteri Baginda dengan soalan yang sama. Saidatina Aisyah menjawab Khuluquhu Al-Quran (Akhlak Baginda seperti Al-Quran).
Dari kisah yang di ceritakan di atas ini, menandakan bahwa Islam mengajukan kepada umatnya supaya mempunyai akhlak yang baik dan menjadi contoh kepada umat manusia yang lain. menjaga adab dan akhlak inilah lebih berkesan untuk kita menarik minat orang bukan Islam terhadap Islam.
 scaniaz.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan