Home Klik Di Bawah

Rabu, 5 Mac 2014

Info - Amaran Bahaya Penggunaan Krim Pemutih

Kami perasan ramai awek yang muka putih dan berkilat sampai kelihatan seperti pelakon opera cina. Majoritinya anak muda yang mungkin terlalu muda untuk ingat skandal produk pemutih muka yang diharamakn kerana mengandungi merkuri yang tinggi sedekad yang lalu. Nampaknya kini produk pemutih bermerkuri ini kembali semula di pasaran tempatan. Tak ada pula kami baca laporan akhbar dan berita TV macam yang berlaku dahulu. Kita dah tak pedulikah masa depan musnah kerana penyakit kronik semata-mata nak kelihatan seperti patung blow up? 

Penggunaan merkuri di dalam produk kecantikan ini bukan perkara baru. Sebenarnya merkuri sudah diharamkan penggunaannya di dalam produk kecantikan di Eropah sejak 1976 dan di Amerika sejak 1990an. Merkuri adalah produk beracun dan kalau tahu saudara mara yang ada muka putih melepak dan berkilat silalah tegur mereka sebelum terlambat.
 
Sebelum merkuri, serbuk plumbum digunakan oleh wanita sejak zaman Greek lagi untuk mendapatkan kulit muka yang putih. Kulit putih melepak dan pucat dianggap sebagai simbol status masyarakat yang tinggi kerana wanita bangsawan yang tidak bekerja mempunyai kulit yang pucat. Serbuk plumbum disapu pada muka untuk memutihkan kulit. Plumbum juga digunakan pada celak yang dibuat di timur tengah dan India. So kalau anda masih pakai celak oldskoool janganlah pakai selalu kerana ia juga mengandungi plumbum.
Ingatlah bahawa kecantikan luaran tidak bermakna jika organ dalaman anda rosak akibat keracunan. 
Ini komen dari Professor Faridah Abdul Rashid. Professor of Biochemistry & Medical IT at Universiti Sains Malaysia.
 
  
pen patah

1 ulasan: