Home Klik Di Bawah

Rabu, 5 Mac 2014

Keindahan Masjid Raya Sumatera Barat : Berkonsepkan Peristiwa Meletakkan Hajaral Aswad

Indonesia ialah negara ribuan pulau dan ratusan kaum etnik. Antara kaum etnik yang berasal dari Indonesia ialah orang Minangkabau. Masjid Rata Sumatera Barat ialah masjid terbesar di Sumatera dan ianya menerapkan rekaan tradisional Minangkabau serta diinspirasikan oleh peristiwa Rasulullah meletakkan semula batu Hajaral Aswad. Masjid ini ialah pemenang pertandingan mereka kompleks agama yang harus mempunyai rekaan unik. 

Lebih dari 300 rekaan dihasilkan tetapi rekaan jurubina Rizal Muslimin diumumkan sebagai pemenang. Walaupun sudah dibina sejak tahun 2007, masjid ini masih belum siap sepenuhnya. Ini adalah kerana wang membina kompleks yang bakal menempatkan masjid, dewan masyarakat, bazaar perniagaan serta pusat penjagaan bayi ini terpaksa disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan akibat kejadian gempa besar yang sering melanda Sumatera Barat.



I think this is awesome. Rekaan tradisional digabungkan dengan kisah bersejarah agama Islam dalam sebuah bangunan yang ikonik. Tambah bagus pihak kerajaan tidak meneruskan pembinaan kompleks ini sebaliknya memberikan wang kepada rakyat yang menderita paska menerima ujian bencana dari Allah. You got to respect that! 



 

 
 
 
 


Laporan asal Skyscraper City/ blog serius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan