Home Klik Di Bawah

Khamis, 6 Mac 2014

Martabat Dalam Kehidupan

Kekecewaan yang kita hadapi ini tak semestinya ia dapat menjatuhkan martabat kita sebagai orang insan, namun kita harus lebih tabah dalam menempuh segala yang mendatang. Namun harus diingatkan juga, kejayaan yang hadir tak semestinya menjadikan kita satu kebanggaan kerana ia lebih bermakna kalau kita sendiri yang melakukannya.

Terima Kegagalan Dengan Positif

Siapa yang tidak kecewa apabila menerima kegagalan dalam peperiksaan atau keputusan temuduga dan sebagainya. Terasa pedih apabila tidak dapat menerima kegagalan yang dialami.

Tak ramai di antara kita yang boleh menerima kegagalan dengan berfikiran positif malah lebih buruk mula memikirkan kehidupan yang terlalu sukar untuk diharungi selepas menerima kegagalan.

Jangan sedih   atau bermurung bila menerima kegagalan. ALLAH S.W.T sentiasa menguji hambanya mengikut kemampuannya.





Martabat Dalam Kehidupan
sumber gambar dari google.com
Orang yang berjaya sentiasa memikirkan kegagalan adalah menjadi titik permulaan untuk menjadi lebih hebat. Dari kegagalan mereka tahu kelemahan serta memperbaiki kelemahan yang ada dari hari ke hari sehingga ‘eksprimen’ membuahkan hasil dan berjaya.

Nilai Martabat Dalam Kehidupan

Nilai martabat dalam kehidupan yang baik adalah mereka yang gagal dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dunia & akhirat diiringi dengan unsur keislaman.

Manakala nilai martabat dalam kehidupan yang buruk adalah bagi mereka yang gagal dan tidak berusaha serta mensia-siakan peluang-peluang yang ada. Di tambah pula, mula menjauhkan diri dari unsur keislaman.

Nilailah martabat kita sendiri dalam kehidupan sama ada baik mahupun baik. Ya, kita Semua takut gagal, kalau tak kerana gagal manakan tahu kelemahan itu datang. Cari mana faktor kegagalan kita dan mulakan untuk mengecapi kejayaan sekali lagi. Andai jatuh, bangunlah sekali lagi.

Kesimpulan

Percaya pada diri sendiri untuk melakukan apa jua perkara, walaupun kita tiada kebolehan dalam bidang tersebut. Tiada manusia yang dilahirkan semula jadi pandai dan kita juga boleh pandai jika kita benar-benar inginkannya, Jangan takut gagal, sekurang-kurangnya kita tidak menyesal kerana telah mencubanya.
 http://www.adarain.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan