Home Klik Di Bawah

Sabtu, 22 Mac 2014

Kedudukan Wanita Bernama Ibu


Ahmad Syauqi , seorang pujangga Arab , berkata melalui syair yang ditulisnya , '' Ibu adalah sekolah , apabila dia mempersiapkannya , dia menyiapkan masyarakat yang baik keturunannya . ''

Syair yang sangat singkat ini menunjukkan bahawa seorang ibu mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan berpengaruh sangat besar . Ibu adalah pendidik paling utama bagi setiap anak . Selain itu , ibu adalah sosok yang paling dicintai oleh semua orang dan menjadi anutan mereka , serta peribadi yang didapati di hadapan setiap anak pada saat pertama kali matanya terbuka untuk melihat dunia .
 
 
 
Islam telah memberikan mesej melalui Al-Quran tentang kedudukan ibu bapa . Terlebih khusus lagi , adanya penekanan untuk senantiasa berbuat baik kepada ibu . Firman Allah , '' Bersyukurlah kepada - Ku dan kepada kedua ibu bapakmu , hanya kepada - Ku - lah kembalimu . '' ( QS Lukman : 14 ) . Hal ini menunjukkan bahawa keutamaan ibu bapa menduduki tempat kedua selepas keutamaan Allah .
 
Ayat di atas juga memberikan pengkhususan , agar setiap anak berbakti dan berbuat baik kepada ibunya .

Perintah berbuat baik dan berbakti kepada ibu juga disenaraikan dalam beberapa hadis sahih , di antaranya adalah riwayat dari Abu Hurairah RA , bahawasanya ada seorang anak laki - laki datang kepada Rasulullah SAW . Ia berkata , '' Wahai Rasulullah , siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' Ia bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' Kemudian ia bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' ia masih bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Bapa kamu . '' ( HR Bukhari dan Muslim ) .
 
Perintah berbuat baik kepada ibu yang diulang hingga tiga kali berturut - turut dalam hadis di atas menunjukkan bahawa ibu mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam pandangan Islam dan mempunyai keutamaan yang sangat besar daripada yang lain . Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW , '' Wahai Rasulullah , siapakah yang lebih besar haknya atas wanita ? '' Nabi menjawab , '' Suaminya . '' Lantas Aisyah bertanya lagi , '' Siapakah yang lebih berhak atas seorang laki - laki ? '' Nabi menjawab , '' Ibunya ? '' ( HR Ahmad ) .
 
Mesej Ilahiyah di atas sangat jelas sekali bahawa perintah berbuat baik kepada ibu merupakan sebahagian dari mesej umum yang disampaikan oleh Islam , iaitu , agar memperlakukan kaum wanita secara baik . Sosok seorang wanita yang telah menjadi ibu tak kalah pentingnya bila dibandingkan dengan sosok laki - laki yang telah menjadi ayah . Sebab , ibu juga turut bertanggung jawab atas semuanya yang menjadi tanggung jawab ayah , terutama terhadap pendidikan anak - anak yang diasuhnya . Walaupun berat pengaruh seorang ibu dalam mendidik anak , melebihi berat pengaruh seorang ayah .Oleh kerana itu , Rasulullah SAW memerintahkan kepada para ibu untuk senantiasa memelihara dan mendidik anak - anaknya selama mereka belum memasuki jenjang pernikahan . Wallahu a'lam bissawab
 
uztaz cambodia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan