Home Klik Di Bawah

Sabtu, 22 Mac 2014

Tips -MenJaDi mATaNg dALam BeRciNtA

Assalamualaikum

  

Hye..!!..Haha rasa terpanggil nak buat entry nie..Pagi tadi sudah buat entry.Sekarang mahu lakukan nya sekali lagi.Maklumlah ada masa lapang,so nanti apabila busy bersawang dibuat nya benda nie.Kawan Biela tanya macam mana mahu matang dalam bercinta.Kita perlu berusaha membangkitkan kemantangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kemantangan kita.
...Hah sekarang sudah jumpa..

1.Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
Kita tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan kita sahaja.Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan kita.Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
 
 

2.Merubah gaya ber SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?,makan apa?”,“awak betul-betul sayang saya?”atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”,dan sebagainya.Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi.Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA...*___*

3.Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”.Ya,betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza.Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan dengan cinta kita dahulu.Cuba perbaiki diri kita untuk menjadi sang pencinta yang baik.

4.Elakkan daripada bercinta 24 jam
Bukan kita seorang sahaja yang dilamun cinta.Dan jangan disebabkan cinta,tanggungjawab kita sendiri diabaikan.Kita bukan lagi di peringkat sekolah rendah.Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia.Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.INGAT..^__^

5.Ubah penampilan diri
Kalau dahulu,kita mungkin tidak mengendahkan penampilan kita setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki.Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut.Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih AYU...*____*

6.Tahu yang mana serius,yang mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta.Ya,tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya.Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.


7.Menambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik.Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

Itu yang Biela search dekat Mr.google la...Tapi bagi Biela apa yang penting kita mesti saling percaya mempercayai sesama pasangan.Jangan asyik fitnah tanpa bukti.Elakkan bejumpa selalu.Jikalau kita tidak selalu keluar bersama,ini akan meningkatkan lagi kerinduan masing-masing.Ermmm...korang ada nak tambah apa-apa?? Silakan..

WASSALAM
 http://misszbiela.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan