Home Klik Di Bawah

Khamis, 6 Mac 2014

Kenali saintis yang kejam

saintis kejam
Di dalam era berkembangnya ilmu pengetahuan yang begitu pesat, para ilmuwan berlumba-lumba dalam membangunkan ciptaan terbaharu mereka. Sehinggalah membuat pelbagai penyelidikan dan penelitian demi mencipta sesuatu.

Salah satu penelitian yang paling banyak dilakukan adalah yang mengambil manusia sebagai bahan uji-kajinya. Sehingga, beberapa fakta menarik yang ditemui hasil daripada uji-kaji tersebut.

Malangnya, penyelidikan yang dilakukan oleh para ahli pengkaji tersebut, diselaputi noda hitam. Hal ini berlaku kerana adanya para pengkaji yang menyalah gunakan ilmu yang dimilikinya tanpa menghiraukan kesannya kepada manusia.

Mereka sering menggunakan manusia sebagai bahan uji-kaji dan secara terang-terangan menyeksa mereka. Diantaranya adalah seperti berikut;
 


Sigmund Freud dan Emma Eckstein 
Sigmund Freud sudah sering kali menjadi sasaran kritikan disebabkan oleh kajian yang dilakukannya keatas Emma Eckstein. Freud disyaki telah merosakkan hidup perempuan yang menjadi pesakit tersebut dengan cara melakukan penyelidikan yang amat mengerikan.

Masalah yang dihadapi oleh Emma Eckstein adalah kitaran haidnya yang menyakitkan. Freud menganggap bahawa kitaran haid pesakit, ada hubung kait antara penyakit tersebut dengan hidung milik Emma.

Disebabkan itu, hidung Emma Eckstein kemudiannya dipotong dengan tujuan untuk menghilangkan penyakit dalam menstruasinya. Malangnya, penyakit tersebut bukan sehaja tidak sembuh tetapi juga telah mengakibatkan hidung Emma bertambah sakit sehingga membusuk.
Muzafer Sherif adalah seorang ahli psikologi pada awal tahun 1950-an. Dimana ia tertarik dengan isu perkembangan emosional seseorang, seperti konflik yang dialami oleh dua individu.

Dia kemudian mengajak 22 pelajar berusia 11 tahun ke dalam sebuah khemah yang sebenarnya adalah makmal observasinya. Di sana, 22 pelajar itu dibahagikan kepada dua kelompok yang saling benci membenci, bagi tujuan penyelidikannya.

Akhirnya, Beliau tidak menemui apa-apa hasil daripada kajian tersebut. Namun, apa yang menariknya, responden atau pelajar-pelajar yang dijadikan sebagai sampel kajian, saling berdendam dengan pelajar-pelajar yang lain. Yang mana sifat dendam dalam diri pelajar tersebut, sukar untuk diubati. Tetapi kenyataannya, dendam itu timbul akibat daripada penyelidikan tersebut.
chester southam
Chester Southam memulakan penelitian mengenai kanser pada tahun 1960-an. Dimana beliau telah menyuntikkan sel kanser hidup pada seorang sukarelawan di Ohio State Penitentiary. Sel kanser ini sendiri tidak terlalu ganas kerana ianya sudah dilemahkan.

Tidak puas dengan hasil penelitian itu, beliau kemudian mencuba ke arah yang lebih ekstrem dengan menyuntikkan sel kanser ganas pada orang-orang tua di Jewish Chronic Disease Hospital, tanpa meminta persetujuan daripada pihak hospital tersebut.

Setelah 22 suntikan dilakukan, orang-orang tua di hospital tersebut, kemudian jatuh sakit secara tiba-tiba, menyebabkan doktor yang bertugas di hospital kebingungan, kerana tidak mengetahui punca sebenar mengapa kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

Setelah diteliti, tiga doktor telah menyatakan bahawa, Chester Southam adalah salah seorang mangsa yang telah terselamat dari penderaan Nazi sehingga menyebabkan beliau menyimpan dendam dan ingin membalasnya dengan cara menyuntikkan sel kanser hasil ciptaanya.
4869727618_52dc280376_z
Eugene Saenger disebut dan dikenali sebagai perintis dalam rawatan nuklear kerana penemuannya. Namun, sebenarnya ramai yang masih tidak tahu bahawa beliau adalah salah seorang saintis yang berhati busuk.

Eugene Saenger disyaki telah diupah oleh Pentagon untuk menghasilkan penawar kesan sinaran nuklear pada manusia.

Akibatnya, para sukarelawan yang bersedia untuk menjadi bahan eksperimen tidak diberikan penjelasan dengan baik, tentang risiko ujian tersebut sehingga menyebabkan kesemua responden menemui ajalnya. Sedangkan beliau tahu bahawa kesan radiasi nuklear terhadap manusia boleh membawa maut.
Lauretta Bender  
Lauretta Bender adalah seorang neuropsikiatri di Bellevue Hospital pada tahun 1940-an. Dia merupakan orang pertama yang mencadangkan terapi kejutan elektrik pada kanak-kanak kecil.

Terapi kejutan ini sangat menyakitkan dan memberikan masalah baru pada kanak-kanak kecil tersebut. Apabila dewasa, kanak-kanak autistik tersebut memang boleh berlaku normal, namun mereka sering melakukan tindakan jenayah seperti, bunuh diri, atau menghancurkan hidupnya.

Fakta hitam terungkap setelah para anak yang diberikan terapi akhirnya membuka rahsia dimana, Mereka mengaku diseksa dan dipaksa tersenyum semasa menjalani terapi yang menyakitkan itu.

Mereka sering disetrum hingga pengsan dan kejang-kejang. Akibatnya, banyak anak autis tersebut menderita skizofrenia teruk.
 http://teknoderas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan