Home Klik Di Bawah

Khamis, 6 Mac 2014

Tips - Amalan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan..


  

Hari ni, aku nak share pasal mengeratkan silaturrahim antara keluarga. Sekarang ini, adakalanya, saudara sendiri pun kita tak kenal..Kalau terjumpa kat tepi, tengah jalan pun..kita tak tau yang itu saudara kita. Ini biasa berlaku bagi golongan muda yang ambil ringan pasal hal ini.

Jadinya, masa dalam kelas tadi..aku minta pelajar-pelajar aku untuk membincangkan topik ini. Setiap kumpulan membentangkan isi-isi mereka. Sekarang ni aku buat kaedah ini untuk ajar diorang. Biar mereka berfikir sendiri. Hanya dengan cara ini, aku dapat mendengar dan tahu cara pemikiran anak remaja sekarang ni.
 





  

Antara isinya :


1. Makan bersama dengan ahli keluarga yang besar seperti masa kenduri ke..makan malam ke..

2. Solat berjemaah bersama.

3. Melakukan aktiviti beriadah ataupun keluar shopping bersama.

4  Menceritakan masalah dengan keluarga terdekat.

5. Mengadakan Hari Keluarga.Ini melibatkan keluarga yang ramai. (Aktiviti ni, keluarga aku ada amalkan. Kitorang ada wujudkan Dana Keluarga dan setiap tahun akan ada aktiviti besar yang melibatkan semua keluarga.)Ini antara penyumbang mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Yang jauh, kita dekat-dekatkan..

6. Ibubapa kena beri masa yang lebih pada anak-anak, Ambil tahu masalah mereka.


7. Melancong.Yang ni, bergantung pada ekonomi keluarga masing-masing. tak dapat yang jauh, yang dekat pun memadai..Cukuplah kalau semua keluarga berkumpul dan membuatkan aktiviti bersama..

8. Melibatkan semua anggota keluarga dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama-sama.

9. Menyambut hari penting (contohnya hari lahir).

10. Yang terakhir..komunikasi antara satu sama lain penting..Kalau dapat telefon bertanya khabar sebulan sekali pun dah OK..kalau nak berjumpa kan susah sikit..

Ok, itu antara 10 amalan yang kalau kita semua amalkan, InsyaAllah, hubungan antara keluarga kita akan bertambah erat.. Akhir kata, "Air yang dicincang tak akan putus". Korang ada tak buat macam tu? ..Ke ada yang nak tambah?Jom kongsi kat sini..
/bye
 ha-na-ni.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan