Home Klik Di Bawah

Khamis, 13 Mac 2014

Mengapa Disebut “Laut Merah”?

Laut Merah merupakan nama sebuah teluk yang berada di Semenanjung Arab yang memisahkan benua Asia dengan benua Afrika. Laluan ke arah selatan dari laut ini melintasi Babul Mandib dan Teluk Aden sedangkan di utara terdapat semenanjung Sinai dan Terusan Suez. Laut Merah mempunyai lebar 300 km dan panjang 1900 km dengan kedalaman 2500m.

Laut yang muncul kerana perpisahan Semenanjung Arab dan Benua Afrika yang bermula kira-kira 30 juta tahun yang lalu ini menjadi habitat bagi pelbagai makhluk dan batu karang. Laut ini mempunyai suhu permukaan yang berterusan atau sekitar 21-25 'C dengan jarak penglihatan 200m. Di laut ini juga sering berlaku angin kencang dan arus yang pelik.

Mengapa laut ini dipanggil dengan nama Laut Merah?
 

Seorang ahli fizik dari Universiti Cambridge yang bernama Collin Humphreys yang juga seorang penulis The Miracle of Exodus cuba menyelesaikan soalan tersebut. Dia melakukan penjelajahan ke pusat Teluk Aqabah dan hakikatnya laut tersebut tidak berwarna merah melainkan berwarna biru sama seperti laut yang lain.
Pokok Reed yang tumbuh di kawasan berair payau/masin
Dalam proses kajian tersebut, dia mendapati sekumpulan tumbuhan yang tinggi seperti lalang (reedyang tumbuh subur kerana kehadiran air tawar disekitar tempat tersebut. Tumbuhan itu dalam bahasa Inggeris disebut dengan reed, tapi masyarakat setempat mengucapkannya red (merah). Kerana kehadiran tumbuhan tersebut di laut, maka dinamakanlah red sea (Laut Merah), padahal seharusnya the reed sea.
trichodesmium erythaerum algae
Dalam pendapat lain, laut itu disebut dengan Laut Merah kerana dipenuhi oleh bunga alga syanobacteria yang disebut trichodesmium erythaerum algae. Setelah tanaman ini mati biasanya air laut berubah menjadi coklat kemerahan. Tapi, kerana warna tersebut tidak betul-betul melekat dengan air di seluruh lautan, maka tahap kemerahannya berbeza bergantung kepada jumlah alga tersebut.

Selain itu, laut ini terkenal di seluruh dunia terutama umat islam kerana kisah Nabi Musa yang membelah Laut Merah menjadi dua dan di tengahnya terdapat sebuah jalan untuk menyeberang ketika kaumnya dikejar oleh bala tentera Firaun. Tapi setelah kaum Nabi Musa melepasi laut tersebut, laut tersebut kembali seperti sedia kala sehingga kawanan bala tentera Firaun tenggelam. Wallahu'alam

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com dan rujukan dari wikipedia.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan