Home Klik Di Bawah

Khamis, 13 Mac 2014

Resepi - Daging Tumis Kicap

DAGING TUMIS KICAP
Bahan-bahan A:
½ kg daging batang pinang – dipotong kecil
½ cawan kicap
2 labu bawang besar – dipotong bulat
Sedikit air asam jawa
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak
 

Bahan-bahan B (dikisar):
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sm halia
2 sm lengkuas
2 biji tomato
15 tangkai cili kering

Cara menyediakan:
1. Gaul daging bersama kicap. Perapkan semalaman dalam peti sejuk supaya kicap meresap dalam daging.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan daging yang sudah diperap semalaman.
5. Bubuh juga sedikit air asam jawa dan serbuk perasa.
6. Kacau seketika dan biarkan daging empuk dan kuah agak kering.
7. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
8. Sedia untuk dihidangkan dan enak dimakan panas-panas. 
saji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan