Home Klik Di Bawah

Selasa, 22 April 2014

Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

  

Assalamualaikum 

Semalam acik sempat mendengar ceramah yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang mengupas tentang cara mendidik anak yang nakal. Sangat teruja acik mendengarnya dan ianya untuk pengetahuan untuk masa akan datang. Dalam ceramah tersebut banyak yang ceritakan dan antara yang sangat menarik perhatian acik adalah cara menghukum anak yang tidak di benarkan dalam islam.

Kadang kala ibu bapa dalam keadaan marah dan tidak dapat mengawal emosi mereka lakukan pekara-pekara yang sepatutnya sehinggakan mampu mencederakan anak yang masih kecil.Jadi acik kongsikan kepada kamu semua.
 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:
 
 


1. Memukul wajah

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.
Kita menghukum anak-anak yang membuat kesilapan ini bukan untuk menyeksa dan membinasakan mereka tetapi lebih kepada memberi pengajaran bahawa apa yang dia lakukan ini adalah sebuah kesalahan. Kanak-kanak bukan dia tahu pekara itu elok atau tidak maka kita ajarlah mereka. Dia menghukumnya sekadarnya untuk dia tahu pekara itu salah dan di masa akan datang tidak akan mengulangi pekara yang sama. 
 http://www.akupenghibur.com

2 ulasan:

  1. Insyallah..semoga kita diberi kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak2

    BalasPadam
  2. sesungguhnya islam telah menyediakan peraturan yang indah untuk umatnya

    BalasPadam