Home Klik Di Bawah

Rabu, 16 April 2014

Jom tengok - Kasut Adidas Suatu Ketika Dahulu

Jika dibaca kepada sejarahnya, Adidas mempunyai cerita yang agak menarik. Diasaskan oleh warga JermanAdolf "Adi" Dassler, jenama ini terkenal dengan penerapan tiga jalur selari pada rekaannya. Walaubagaimanapun, ia dilihat tidak terdapat pada rekaan kasut Adidas suatu ketika duhulu. Tak percaya? Tengok gambar-gambar kasut Adidas dulu-dulu di bawah.

kasut adidas
Rennschuh (sprint shoe) 1925
 
 
 
Kasut ini direka untuk acara lari pecut dan jarak pertengahan sehingga 800 m. Kulit kambing antara bahan yang telah digunakan.

kasut adidas
Fußballstiefel (football boot) 1925
But bola sepak ini berfungsi untuk melindungi kaki daripada kecederaan. Untuk memastikan keseimbangan si pemakai, stud dipaku sehampir mungkin dengan bahagian tepi tapak. Kulit lembu lembut digunakan sebagai bahan untuk bahagian atasnya.

kasut adidas
Modell Waitzer 1928
Kasut ini dipakai oleh Lina Radke-Batschauer semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Lina Radke kemudiannya memenangi pingat emas dalam acara 800 m dengan catatan masa 2:16.8, rekod dunia pertama yang dicatatkan secara rasmi untuk acara tersebut. Adi Dassler membangunkan kasut ini dengan kerjasama rapat daripada Jo (Josef) Waitzer, yang ketika itu merupakan jurulatih olahraga kebangsaan Jerman.

kasut adidas
Modell Waitzer 1928
Dipakai oleh Georg Lammers semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Dia memenangi pingat gangsa dalam acara 100 m dan pingat perak dalam acara 4x100 m.

kasut adidas
Modell Waitzer 1928
Helene Schmidt yang memakai kasut ini memenangi pingat gangasa dalam acara 4x100 m semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Dia merupakan pelari kedua pasukan Jerman dalam acara itu.

kasut adidas
Modell Waitzer 1928
Kasut sukan ini digunakan untuk sukan olahraga dan indoor khususnya gimnastik dan latihan berlari.

kasut adidas
Modell Waitzer 1929

kasut adidas
Modell Waitzer 1930
Kasut ini direka khusus untuk acara lompat jauh. Paaparan nama "DASSLER" dan lambang kasut bersayap terdapat pada bahagian lidah kasut.

Kasut Adidas oldskool yang menyeramkan jika dilihat pada bahagian tapaknya. Untuk makluman, kasut ini tidak ada dijual di Al-Ikhsan atau mana-mana pusat jualan barangan sukan yang lain.
kongsa-kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan