Jika dibaca kepada sejarahnya, Adidas mempunyai cerita yang agak menarik. Diasaskan oleh warga Jerman, Adolf "Adi" Dassler,
jenama ini terkenal dengan penerapan tiga jalur selari pada rekaannya.
Walaubagaimanapun, ia dilihat tidak terdapat pada rekaan kasut Adidas
suatu ketika duhulu. Tak percaya? Tengok gambar-gambar kasut Adidas
dulu-dulu di bawah.
Rennschuh (sprint shoe) 1925 |
Kasut ini direka untuk acara lari pecut dan jarak pertengahan sehingga 800 m. Kulit kambing antara bahan yang telah digunakan.
Fußballstiefel (football boot) 1925 |
But bola sepak ini
berfungsi untuk melindungi kaki daripada kecederaan. Untuk memastikan
keseimbangan si pemakai, stud dipaku sehampir mungkin dengan bahagian
tepi tapak. Kulit lembu lembut digunakan sebagai bahan untuk bahagian
atasnya.
Modell Waitzer 1928 |
Kasut ini dipakai oleh Lina Radke-Batschauer semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Lina Radke kemudiannya memenangi pingat emas dalam acara 800 m dengan catatan masa 2:16.8, rekod dunia pertama yang dicatatkan secara rasmi untuk acara tersebut. Adi Dassler membangunkan kasut ini dengan kerjasama rapat daripada Jo (Josef) Waitzer, yang ketika itu merupakan jurulatih olahraga kebangsaan Jerman.
Modell Waitzer 1928 |
Dipakai oleh Georg Lammers semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Dia memenangi pingat gangsa dalam acara 100 m dan pingat perak dalam acara 4x100 m.
Modell Waitzer 1928 |
Helene Schmidt yang memakai kasut ini memenangi pingat gangasa dalam acara 4x100 m semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Dia merupakan pelari kedua pasukan Jerman dalam acara itu.
Modell Waitzer 1928 |
Kasut sukan ini digunakan untuk sukan olahraga dan indoor khususnya gimnastik dan latihan berlari.
Modell Waitzer 1929 |
Modell Waitzer 1930 |
Kasut
ini direka khusus untuk acara lompat jauh. Paaparan nama "DASSLER" dan
lambang kasut bersayap terdapat pada bahagian lidah kasut.
Kasut Adidas oldskool
yang menyeramkan jika dilihat pada bahagian tapaknya. Untuk makluman,
kasut ini tidak ada dijual di Al-Ikhsan atau mana-mana pusat jualan
barangan sukan yang lain.
kongsa-kongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan