Rabu, 30 April 2014

Kecomelan Gaya Rambut Pelik Kaum Wanita Himba Seperti Ekor Kuda.

  

"Warna merah dinilai sebagai simbol kecantikan dan wanita Himba membuat seluruh tubuhnya berwarna merah, bukan hanya rambutnya. Bahkan baju dan perhiasannya juga dibaluri dengan campuran merah itu, "jelas Lafforgue.

Wanita Himba mengenakan kalung besar yang terbuat dari tempurung putih. Kalung itu disebut ohumba yang diwariskan dari ibu ke anak. Berat kalung tersebut dapat mencapai beberapa kilogram. Biji omangetti juga digunakan sebagai ornamen penghias kerana wanita Himba suka dengan suara yang dihasilkan mereka.
 
 



Selain itu, agar model rambutnya tidak rosak, wanita Himba tidur menggunakan bantal kayu. Rambut mereka disalut dengan campuran tanah warna merah dan lemak yang disebut sebagai otjize. Otjize berfungsi sebagai sunscreen rambut dan pengusir serangga.


Berbeza dengan rambut wanita Himba yang penuh kesabaran untuk mengurusnya , para lelaki Himba hanya mempunyai gaya rambut gimbal yang sederhana menyerupai tanduk lembu . Ketika seorang lelaki Himba berkahwin , lelaki itu akan menutup kepalanya dengan serban .

Suku Himba tinggal di kawasan Kaokoland yang terletak di utara Namibia , Afrika . Lokasi bersempadan dengan negara Angola pada bahagian utara dan pada bahagian barat dengan lautan Atlantik . Seperti suku - suku lain yang tinggal di kawasan itu , kehidupan masyarakat bergantung pada  ternakan .

Jurugambar Lafforgue menjelaskan " Perkahwinan adalah perkara yang penting bagi suku Himba namun hubungan ekstramarital dianjurkan baik bagi lelaki mahupun wanita Himba " . Garis keturunan Suku Himba bukan patrilineal ( mengikuti ayah ) atau matrilineal ( mengikuti ibu ) . Garis keturunannya ditentukan dari pihak ayah dan ibu .

Meskipun demikian pembahagian kuasa dalam kehidupan rumah tangga masih didominasi oleh suami . Khusus untuk urusan ekonomi rumah tangga , isteri lah yang memegang peranan . Gaya hidup suku Himba kini semakin dipupus  oleh budaya barat yang moden . Hal ini terutama terjadi pada lelaki suku Himba . " Di setiap tempat , tradisi semakin hilang kerana kemasukan gaya hidup moden . Namun wanita Himba nampkanya lebih ingin mempertahankan tradisi . Berbeza dengan para lelakinya , " ucap Lafforgue .





 
gaban comel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...