لا تكرهوا مرضاكم على الطعام والشراب فإن الله يطعمهم ويسقيهم
"Janganlah kamu memaksa makanan dan minuman kepada orang sakit di antara
kamu, kerana Allah memberi mereka makan dan minum." [HR Ibnu Majjah
dan at-Turmudzi. Dalam riwayat at-Turmudzi tidak ada lafaz الشراب / 'minum']
Rasa lapar adalah usaha pencarian yang dilakukan anggota tubuh sebagai
peranan tabiat mencari pengganti dari kekosongan yang dialaminya,
sehingga tabiat ini terdorong untuk mencari apa yang boleh dimasukkan ke
dalam perut, lalu tabiat itu pun bekerja dengan sendirinya. Jika
seseorang merasa sakit, maka tabiat menghambatnya untuk mencari makanan
atau minuman dia dipaksa, bererti alat pencernaannya dipaksa untuk
bekerja, sehingga ini boleh menimbulkan akibat yang kurang baik baginya,
apalagi dalam keadaan kritis.
Memang kadang-kadang orang yang sakit harus dipaksa makan dan minum.
Tapi hal ini boleh dilakukan ketika fungsi akal tidak berjalan normal.
Jadi ini merupakan masalah umum yang harus dikhususkan.
Sabda baginda S.a.w, "Allah memberi mereka makan dan minum," mengandungi
pengertian yang lembut bagi doktor yang memiliki kepedulian terhadap
masalah kejiwaan, hati dan ruh serta pengaruhnya terhadap badan. Jika
jiwa manusia disibukkan dengan sesuatu yang disenangi, dibenci atau yang
ditakuti, maka dia tidak peduli lagi terhadap makan dan minum, tidak
merasa lapar dan haus, bahkan tidak pula panas dan dingin, bahkan sakit
pun tidak dirasakannya.
Jika seseorang merasa senang lalu dia makan, maka pengaruh makanan yang
menimbulkan kekuatannya akan mengalir ke wajahnya, sehingga wajahnya
nampak berseri. Tapi jika dia merasa sakit atau sesuatu yang membuatnya
merasa sedih, maka dia tidak terdorong untuk mencari makanan atau
minuman, sehingga kekuatannya menjadi lemah dan membuat mukanya muram,
kerana tidak mendapat aliran darah secara normal. Jika dia dipaksa
untuk makan, maka akan terjadi pertentangan di dalam dirinya, sehingga
kadang-kadang kekuatannya muncul dan kadang-kadang tersembunyi.
Pertentangan ini tak ubah seperti pertempuran antara dua musuh, dan
kemenangan akan diraih oleh satu pihak. Sedangkan yang kalah akan mati,
luka atau ditawan.
Orang yang sakit tentu mendapat pertolongan Allah, berupa aliran darah
dalam tubuhnya, meskipun keadaan satu orang berbeza dengan orang lain.
Keadaan ini membuatnya dekat dengan Allah, dan di saat dia pasrah itulah
merupakan keadaan yang paling dekat antara dirinya dengan Allah. Selagi
dia merasakan kedekatan dengan Allah, imannya kuat, kecintaannya
menebal kepada Allah, maka dia akan mendapat pengubatan yang tidak boleh
dia dapatkan dari doktor mana pun. Iman, tawakkal dan kepasrahan diri
beliau kepada Allah adalah yang paling kuat.
Maka Nabi S.a.w mampu berpuasa hingga beberapa hari tanpa makan dan
minum selama itu. Tapi Nabi S.a.w melarang umatnya untuk berpuasa
terus-menerus ini, kerana keadaan Nabi S.a.w berbeza dengan keadaan
mereka.
[Petikan dari kitab Ringkasan Zaad al-Ma'ad - Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah]
http://unikversiti.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan