Rabu, 30 April 2014

Menurut Saintis , 6 Perkara Yang Buat Wanita Tertarik Dengan Lelaki.


ciri lelaki yang disukai wanita  
1. Pakai baju warna merah

Warna merah dilihat sebagai simbol kekuasaan. Menurut satu kajian oleh University of Rochester, wanita melihat lelaki yang memakai warna merah sebagai orang yang mempunyai status kewangan dan sosial yang lebih tinggi.
 


2. Heavy stubble, (sedikit Jambang dan misai)

Wanita mendapati lelaki yang mempunyai jambang kelihatan lebih matang dan maskulin. Menurut satu survei. lelaki yang bercukur licin kelihatan  sihat dan menarik namun wanita berpendapat  mereka yang mempunyai janggut penuh kelihatan seperti mempunyai sifat kebapaan yang tinggi.

3. Postur badan 

Kajian menunjukkan wanita lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai postur badan yang baik. Postur badan yang betul bukan sahaja membuatkan lelaki nampak lebih tinggi malah lebih yakin , lebih dominan dan senang didekati.

4. Kurang senyum

Tidak dapat dinafikan yang senyuman membuatkan wajah nampak lebih manis dan menarik. Sebaliknya, menurut kajian yang dilakukan, wanita lebih senang tertarik dengan lelaki yang kurang memberikan senyuman. Wanita berpendapat, lelaki yang kelihatan kerap melemparkan senyuman adalah kurang dominan.

5. Otot yang besar

Kebanyakan wanita suka lelaki yang berotot besar. Berdasarkan kajian saintis, wanita merasakan otot yang besar melambangkan subliminal gen yang baik.
 http://www.wanista.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...