1. Pakai baju warna merah
Warna merah dilihat sebagai simbol
kekuasaan. Menurut satu kajian oleh University of Rochester, wanita
melihat lelaki yang memakai warna merah sebagai orang yang mempunyai
status kewangan dan sosial yang lebih tinggi.
2. Heavy stubble, (sedikit Jambang dan misai)
Wanita mendapati lelaki yang mempunyai
jambang kelihatan lebih matang dan maskulin. Menurut satu survei. lelaki
yang bercukur licin kelihatan sihat dan menarik namun wanita
berpendapat mereka yang mempunyai janggut penuh kelihatan seperti
mempunyai sifat kebapaan yang tinggi.
3. Postur badan
Kajian menunjukkan wanita lebih tertarik
kepada lelaki yang mempunyai postur badan yang baik. Postur badan yang
betul bukan sahaja membuatkan lelaki nampak lebih tinggi malah lebih
yakin , lebih dominan dan senang didekati.
4. Kurang senyum
Tidak dapat dinafikan yang senyuman
membuatkan wajah nampak lebih manis dan menarik. Sebaliknya, menurut
kajian yang dilakukan, wanita lebih senang tertarik dengan lelaki yang
kurang memberikan senyuman. Wanita berpendapat, lelaki yang kelihatan
kerap melemparkan senyuman adalah kurang dominan.
5. Otot yang besar
Kebanyakan wanita suka lelaki yang
berotot besar. Berdasarkan kajian saintis, wanita merasakan otot yang
besar melambangkan subliminal gen yang baik.
http://www.wanista.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan