Sumber: google images |
15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.
- Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.
- Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.
- Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.
- Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.
- Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
- Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.
- Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.
- Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.
- Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.
- Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
- Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.
- Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.
- Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.
- Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.
- Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan