Salam, walaupun saya tidak layak untuk memberi tips kepada kalian semua suami isteri, namun saya rasa tips ini amat berguna untuk para suami dan juga isteri. Untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga, perlu ada sifat tolak ansur dan hormat menghormati di antara mereka bedua. Berikut adalah beberapa tips untuk suami isteri yang boleh anda ikuti untuk mewujudkan suasana rumahtangga yang bahagia dan harmoni.
1. Apabila kita memandang suami/isteri dan anak-anak dengan pandangan penuh kasih sayang, itu tandanya rahmat Allah berada dalam jiwa. Jika kita pandang dengan pandangan marah dan benci, itu adalah bisikan syaitan. Untuk mendapatkan kelembutan hati, banyaklah bersyukur dengan keluarga yang kita ada. Jangan mengharap sangat dengan apa yang tiada. Ramai yang menderita batinnya kerana mengabaikan keluarga yang ada dan tidak bersyukur dan mengharap seperti mana keluarga orang lain yang kelihatannya aman dan bahagia.
2. Masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri ialah kita tidak memandang kebaikan pasangan kita. Kita suka perli pasangan kita depan anak. Cuba kita berikan penghargaan terhadap perubahan yang hendak dibawa. Berikan galakan. Saya dapati pasangan Melayu kita sudah kurang romantik apabila anak semakin membesar.
3. Jika mahu disayangi di masa tua, kita harus menyayangi isteri dan anak-anak sekarang. Rasa sayang tidak dapat dirasakan tanpa jalan pengorbanan. Suami bekerja kuat untuk menyara keluarga, isteri keletihan mengurus rumahtangga . Yang dikatakan pengorbanan ialah apabila kita merasa keperitan dan kesusahan. Jika senang melakukannya, itu bukan pengorbanan. Jadi janganlah terlalu hampa dengan sikap anak-anak dan isteri/suami sekarang,walaupun kita sudah berusaha kuat. Jika mereka tidak menyayangi kita kelak, Allah akan memberikan rahmat dan kasih sayangnya untuk org yg berjuang dan berkorban
4. Agaknya mengapa kita tidak mendapat ‘balasan baik’ daripada kasih sayang diberikan kepada anak dan pasangan kita? Cuba periksa niat kita. Tanda kita betul menyintai dan menyayangi keluarga kita ialah ialah KASIH SAYANG TANPA SYARAT. Ibarat tanah, sentisa memberikan bakti pada petani. Diberikan najis, ia jadikan baja. Berikan benih, ia menubuhkan pohon. Sentiasa terus memberikan kasih sayang tanpa syarat.. berkorban tanpa meminta.
5. Bila dihina dan dibaling batu ketika di Thaif, Nabi s.a.w memaafkan. Ketika berjaya menawan kota Makkah, Nabi juga memaafkan. Saya mendapati “MAAF” adalah ubat yang mampu melembutkan hati kawan dan lawan, ia sangat berfaedah melapangkan dada pemaaf. Maafkan anak yang terlupa mengucapkan terima kasih setelah penat kita memasak untuknya, dan maafkanlah suami yang hari ini mengguris hati kita hari ini. Suami isteri perlu sentiasa mengungkap ucapan MAAF bila berlaku kesilapan. Semoga apabila kita memaafkan, Allah juga memmafkan doa kita yg tidak disedari dan tidak nampak.
6. Amalkan dengan mengucapkan ucapan “TERIMA KASIH” kepada isteri/suami kerana setiap insan memerlukan penghargaan daripada insan yang lain, lebih-lebih lagi pasangan anda. Ucapan terima kasih mampu mengendurkan perkara yang tegang dan melembutkan hati yang keras. HARGAILAH peranan dan kebolehan pasangan anda kerana ianya mampu menghadirkan rasa DIHORMATI dan DIINGINI.
7. Sentiasa DOAKAN yang terbaik untuk pasangan dan anak-anak kita. Amalan mendoakan kebaikan untuk pasangan/anak-anak mampu
Semoga tip ini memberi manfaat untuk anda sekeluarga suami isteri yang budiman. Wallahua’lam. Ameen.
panduan percuma
3. Jika mahu disayangi di masa tua, kita harus menyayangi isteri dan anak-anak sekarang. Rasa sayang tidak dapat dirasakan tanpa jalan pengorbanan. Suami bekerja kuat untuk menyara keluarga, isteri keletihan mengurus rumahtangga . Yang dikatakan pengorbanan ialah apabila kita merasa keperitan dan kesusahan. Jika senang melakukannya, itu bukan pengorbanan. Jadi janganlah terlalu hampa dengan sikap anak-anak dan isteri/suami sekarang,walaupun kita sudah berusaha kuat. Jika mereka tidak menyayangi kita kelak, Allah akan memberikan rahmat dan kasih sayangnya untuk org yg berjuang dan berkorban
5. Bila dihina dan dibaling batu ketika di Thaif, Nabi s.a.w memaafkan. Ketika berjaya menawan kota Makkah, Nabi juga memaafkan. Saya mendapati “MAAF” adalah ubat yang mampu melembutkan hati kawan dan lawan, ia sangat berfaedah melapangkan dada pemaaf. Maafkan anak yang terlupa mengucapkan terima kasih setelah penat kita memasak untuknya, dan maafkanlah suami yang hari ini mengguris hati kita hari ini. Suami isteri perlu sentiasa mengungkap ucapan MAAF bila berlaku kesilapan. Semoga apabila kita memaafkan, Allah juga memmafkan doa kita yg tidak disedari dan tidak nampak.
6. Amalkan dengan mengucapkan ucapan “TERIMA KASIH” kepada isteri/suami kerana setiap insan memerlukan penghargaan daripada insan yang lain, lebih-lebih lagi pasangan anda. Ucapan terima kasih mampu mengendurkan perkara yang tegang dan melembutkan hati yang keras. HARGAILAH peranan dan kebolehan pasangan anda kerana ianya mampu menghadirkan rasa DIHORMATI dan DIINGINI.
7. Sentiasa DOAKAN yang terbaik untuk pasangan dan anak-anak kita. Amalan mendoakan kebaikan untuk pasangan/anak-anak mampu
Semoga tip ini memberi manfaat untuk anda sekeluarga suami isteri yang budiman. Wallahua’lam. Ameen.
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan