Home Klik Di Bawah

Ahad, 27 April 2014

Pelan Tindakan Menuju Ke SYURGA


Pelan Tindakan Menuju Ke Syurga

Pelan Tindakan Menuju Ke Syurga

Pelan Tindakan Menuju Ke Syurga. Sebut sahaja syurga sudah pasti setiap insan ingin pengakhiran destinasinya adalah di sana nanti. Syurga yang tergambar adalah suatu tempat ciptaan Allah   yang penuh kenikmatan hadiah buat hambanya yang taat dan beruntung serta mendapat keredhaan-Nya.

Tanyalah kepada siapa sahaja, sudah pasti mereka tidak ingin untuk terjerumus ke dalam neraka yang penuh azabnya. namun persoalannya adakah amalan kebaikan yang kita lakukan telah melayakkan diri kita untuk ke syurga Allah. Mari kita hayati pelan tindakan menuju ke syurga.



1. Kenal kekuatan diri dan cari kekuatan amalan yang boleh dikonsistenkan amalannya walaupun ia terlihat kecil. Contohnya sebarkan salam, senyum dan rajin berpuasa sunat.

2. Jangan pandang enteng pada dosa kecil. Melakukan dosa akan meninggalkan titik hitam di hati. Dosa kecil yang sering dilakukan boleh menjadi dosa besar.

3. Jangan berkira dalam setiap amalan baik. Lakukan sebaik mungkin dan jangan bertangguh.

4. Jangan imbas kembali kebaikan yang pernah dilakukan supaya tidak merasakan diri telah banyak melakukan kebaikan.Sama-sama kita lakukan yang terbaik buat diri kita semoga di akhir nanti kita akan mendiami syurga ciptaan Allah Tuhan Yang Maha Kuasa. Semoga kita berjaya mendapat rahmat dan redha Allah. Semoga kita terus menjadi hamba-Nya yang taat. Semoga terus kita menjadi mukmin yang sejati. 

Cubalah ikuti Pelan Tindakan Menuju Ke Syurga ini.

 http://www.cikguazli.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan