Bercucuk tanam di tengah padang pasir
ialah idea yang boleh dianggap gila dan tidak masuk akal. Ianya seperti
industri menghasilkan kereta tempatan dengan standard bangang kemudian
meletakkan cukai 200% pada pesaing luar negara bagi memastikan kereta
tempatan laku. It is just that damn stupid when you think about it.
Tetapi ini tidak menghentikan projek kebun sayur-sayuran gergasi yang
terletak di Wadi Rum, Jordan. Wadi Rum ialah kawasan padang pasir yang
kini menjadi kebun penanaman sayur oleh Rum Farm Organics.
Projek
penghijauan padang pasir ini sudah dilakukan sejak 1986 dan ianya kini
membekalkan sayur-sayuran seperti kobis, kentang dan tomato untuk
pasaran Jordan. Rum Farm Organic mengepam air dari akuifer yang terletak
40 meter di bawah padang pasir untuk mengairi ladang mereka yang kini
mempunyai keluasan 2000 hektar.Sistem pancuran air berputar digunakan
dans setiap kebun sayur berbentuk bulatan ini mempunyai keluasan 78
hektar setiap satu. Yang menarik tentang teknologi penghijauan padang
pasir ini ialah ianya bukan teknologi baharu tetapi telah digunakan
sejak zaman tamadun Mesir lagi. Really cool.
Ini antara petanda kiamat ya akhi
Sumber Amusing Planet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan