Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Rabu, 9 April 2014
Resepi - Pai Tee Untuk Minum Petang
Bahan-bahan ( 25 biji )
KULIT PAI:
1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
125 ml air
2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
Acuan pai tee
INTI:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
1/2 sudu teh garam
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
********
1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
Sos pencicah
Cara-cara
UNTUK KULIT PAI:
Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak
masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit
tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala
hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya
kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak
dan simpan dalam bekas kedap udara.
UNTUK INTI:
Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan