Home Klik Di Bawah

Rabu, 9 April 2014

Senarai Kopi Beracun Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

 Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun




Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
41.CATUABA

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya !
 http://djkakpahkpoh.gomofm.org/

11 ulasan:

  1. CATUABA tu bukan kopi dan sah KKM kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..catuaba bukan kopi dan diklasifikasikan sbg makanan. mmg sdh disahkan oleh kkm.

      Padam
  2. catuaba di luluskan oleh kkm(50)dlm.kkm-163/s/25 jld.163.

    BalasPadam
  3. Saya mohon agar tuan punya blog untuk membuktikan CATUABA itu mengandungi bahan berbahaya. sila berikan bukti ke email saya.. jey_as@yahoo.com. sesungguhnya dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh. Im looking forward fot ur feedback.tq

    BalasPadam
  4. Rujuk www.bpfk.gov.my. Dah banyak kali dilaporkan dalam suratkhabar mengenai rampasan terhadap Catuaba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. X de pun catuaba dlm senaarai??
      https://www.google.com/url?q=http://portal.bpfk.gov.my/view_file.cfm%3Ffileid%3D988&sa=U&ei=QjVVU4KbLMePrQe8loHwBA&ved=0CAUQFjAA&client=internal-uds-cse&usg=AFQjCNHU8yNNf_4oDeGBQgDdFeJApnlllQ

      Padam
    2. https://www.facebook.com/cpfpahang/posts/562551820448877

      Padam
  5. Catuaba bukan ubat..ia diklasifikasikan sebagai makanan. surat rujukan mengenai pengklasifikasi dpd KKM adalah (50) dlm. KKM-163/S/25 Jld. 163 admin mengambil entry ini dpd blog lain tanpa usul periksa kesahihan. admin blog djkakpahkpoh.gomofm.org telah memberi respon kepada saya dan dia menyatakan akan remove entry tersebut. Saya menanti respon dpd admin blog ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. Baca sini: https://www.facebook.com/cpfpahang/posts/562551820448877

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul ada bahan beracun..nape x serbu je kilang? Atau serbu pejabat induk? Nape rampas TUJUH kotak je? Ada fikir bnda tu tak?

      Padam
  7. Mgkin catuaba tiruan yg di rampas...

    BalasPadam