Home Klik Di Bawah

Khamis, 24 April 2014

Tempat Bom Atom Yang Pertama Kali Di Uji Di Dunia


  
Muzium biasanya di bina sebuah bangunan bersejarah untuk menaungi dan melindungi benda-benda bernilai tinggi.

Namun berbeza dengan Trinity Site. Muzium ini, hampir terbuka di padang pasir yang tandus. Selain lokasi yang tidak biasa, muzium ini juga sangat terkenal, kerana pengunjung hanya di benarkan masuk pada waktu tertentu sahaja.

Muzium yang terletak di New Mexico, Amerika Syarikat, ini, dibuka untuk umum hanya 12 jam per tahun, yakni 6 jam di musim bunga dan 6 jam semasa musim luruh.
 

Jika dilihat, tidak ada yang istimewanya dari Gurun Jornada del Muerta, lokasi Trinity Site. Hanya berupa hamparan padang pasir luas tanpa tapak bangunan. Apa yang membuat gurun ini begitu istimewa? Ternyata di tempat tersebut, penduduk setempat pernah merasakan letupan bom atom pertama di dunia.

Letupan berlaku pada 16 Julai 1945 pukul 05.29 waktu setempat. Ketika itu, bola api besar meletup dan pecahannya tersebar menjadi batu-batu pasir.

Semasa mengunjungi, tak ada pemandu yang menjelaskan kisah kejadian bom tersebut. Yang ada hanyalah foto-foto yang tergantung di pagar besi bersalut kawat berduri. Dari potret visual itulah sejarah bom atom dipaparkan

Di padang pasir, terdapat sebuah rumah ladang tua yang terus diabadikan. Rupanya, ini adalah tempat di mana saintis Robert Oppenheimer memasang bom penuh sejarah tersebut. Tingkap pecah, atapnya hilang akibat gelegar letupan, tapi rumah dan kerangkanya masih terus wujud hingga hari ini.

Letupan itu membentuk kawah di padang pasir sedalam 1.83 meter dan sepanjang 12.1 meter. Lopak ini merupakan objek yang menarik di tengah padang pasir. Beberapa sisa letupan bom juga dikumpulkan dan ditanam, sebahagian lagi dipamerkan di dalam kotak kaca.

Bom atom adalah senjata yang sangat rahsia dan itu diungkap secara jelas di sini. Inilah salah satu alasan mengapa Trinity Site sangat menarik untuk dikunjungi.

  

  
dairishare

Tiada ulasan:

Catat Ulasan