Home Klik Di Bawah

Sabtu, 3 Mei 2014

Cara Mencari Jodoh Menurut Islam

cari jodoh   
ehsan google

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadratnya atas nikmat yang tak terhingga. marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini acik sempat pergi ke kelas agama bersama beberapa rakan yang lain. Kebetulan ustaz acik kongsikan satu kisah yang mengubah pandangan acik tentang yang berlaku kepada rakannya.

Ustaz :Masa saya belajar dulu , saya ada seorang kenalan sahabat lelaki  yang pernah cerita kisahnya pada saya.  Masa remaja seperti kamu semua , saya juga ingin mencari cinta sejati, hingga sahabat saya terpikat pada seorang muslimah ini, wajahnya memang cantik dan penampilan sangat menutup aurat. Satu hari  sahabt saya terlafazkan kepadanya bahawa dia sukakan wanita tersebut kerana kecantikannya.
Wanita itu menjawab : jika kamu sukakan saya kerana kecantikan saya maka sentuhu wajah ini.
 

sahabat : kenapa perlu buat sedemikian, kita bukan mahram, saya tak mahu 

wanita Menjawab : jadi dekatkan diri kepada maha pencipta dahulu dan kembalilah kepadaNya.


Kisah ini ingin tunjukkan kebergantungan kita kepada Allah walaupun soal jodoh di samping kita berusaha .Jadi di sini acik ingin kongsikan kepada kamu semua cara mencari jodoh menurut islam.

Pertama : Muhasabah diri

Paling penting adalah kita muhasabah diri kita, kita renungi setiap genab hidup kita, apa yang telah kita lakukan, bagaimana hubungan kita dengan Allah? dengan ibu bapa ? dan orang sekeliling ? muhasabah ini sangat bagus untuk kita memperbaiki mana yang kurang dan menjaga hubungan kita dengan pencipta dan sesama manusia. Jika kita inginkan yang soleh/ solehah jadi kita juga kena jadi seperti itu .

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Kedua : Tidak Pernah putus berdoa KepadanNya 

Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqon ayat 74 : “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Agar doa lebih terkabul, perhatikan juga adab-adab berdoa dalam Islam. Jadi jangan berdoa menurut versi kita sendiri. Berdoalah menurut apa yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita, nescaya doa kita akan lebih terkabul.
3. Memperbanyak ibadah sunnah

Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat. Caranya tidak hanya ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti sholat tahajjud, sholat dhuha, shaum, tilawah Al Qur’an, infaq, dan lain-lain. Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah Swt. Insha Allah 

4. Jangan terlalu memilih
Kadang kala jodoh sukar untuk datang kerana kita juga , kerana terlalu memilih dan mmpunyai senarai kriteria yang tertentu dan harus di tepati. Tak mahu yang gemuk, hitam , gaji tinggi dan sebagainya. Seeloknya terimalah dia seadanya sama ada kelebihannya mahupun kekurangan yang ada padanya. 
5.Memperluaskan pergaulan 
Cara lain agar cepat mendapatkan jodoh adalah memperluas pergaulan. Dengan pergaulan yang luas kita juga lebih banyak mendapatkan pilihan. Seringkali jodoh itu datang bukan dari perkenalan langsung, tapi dari kenalan rakan kita. Itulah gunanya pergaulan yang luas. Ibarat seorang nelayan yang menebarkan jaringan yang luas untuk mendapatkan ikan yang lebih banyak.

6. Meminta bantuan orang lain

Cara lain agar cepat mendapatkan jodoh adalah meminta tolong kepada orang lain yang reputasinya baik. Orang tersebut boleh jadi seorang guru mengaji, murobbi, rakan baik, orang tua, saudara, dan lain-lain. Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya.

Acik rasa enam ini sahaja dahulu, jika ada penambahan akan acik kongsikan kepada kamu semua. Ini antara kita dan selebihnya biarlah Allah peruntukkan seseorang untuk kita. Jangan risau dan bimbang jodoh kita telah di tetapkan oleh Allah dia tahu yang terbaik untuk kita. 
http://www.akupenghibur.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan