Bangun pagi dah masam mencuka...tambah-tambah hari minggu ni kan..,
memang lesu nak bangun pagi...Ini da beberapa tips untuk naikkan 'mood'
di waktu pagi...
1- SIAPKAN PAKAIAN
Sebelum tidur, siap sediakan pakaian yang bakal kamu pakai esok hari.
Jika ia perlu di gosok, lakukan di waktu malam. Jangan buat keesokannya
kerana jika terjadi kes-kes kecemasan seperti baju terbakar atau
terkoyak ia akan membuatkan mood kamu bertukar menjadi negatif dan
akhirnya akan membuatkan kamu rasa masam dan tidak ceria.
2- CHARGE ALATAN ELEKTRONIK
Ambil semua alatan elektronik seperti telefon bimbit, portable wifi,
ipod, ipad dan apa sahaja alatan yang kamu dan cas ia sehingga bateri
penuh. Ini kerana secara psikologi, apabila kamu bangun dan kamu lihat
bateri telefon atau apa sahaja alatan gajet yang ada dalam keadaan full
energy akan membuatkan minda kamu terasa positif dan lebih bersemangat
untuk mulakan hari.
3- BUAT LIST TO-DO
Untuk mengelakkan rasa tertekan di pagi hari memikirkan apa yang harus
kamu lakukan, apa kata buat senarai pekara yang perlu kamu lakukan
supaya memudahkan kamu menyelesaikannya. Malah secara tidak langsung ia
akan mengaturkan waktu kamu dan tidak menyebabkan kamu terlupa.
4- SENYUM
Sebaik sahaja kamu buka mata, cuba senyum sambil mengeliat. Pekara ini
dapat membuatkan kamu teringat pekara-pekara yang indah dan secara tidak
langsung akan membuatkan semangat positif mula timbul dalam diri. Jadi
elakkan bangun dalam keadaan terpaksa dan muka ‘ketat’ ya!
5- MANDI SAMBIL MENYANYI
Sewaktu sedang mandi, tiada salahnya jika kamu menyanyi. Tak perlu
kuat-kuat cukuplah sekadar hanya kamu sahaja yang mendengarnya sambil
menari sedikit. Jangan malu, tiada siapa yang akan nampak! Bukan apa, ia
akan membuatkan lebih segar dan bersemangat untuk terus bersiap. Tak
percaya ? Cubalah!
6- PASANG LAGU KEGEMARAN
Sedang bersiap-siap untuk ke pejabat / kampus, cubalah sesekali pasang
radio atau putarkan lagu-lagu kegemaran di ipod kamu. Hasilnya sama
seperti kamu mandi sambil menyanyi.
Sumber: Majalah REMAJA
TIPS Tambahan:
Niat sebelum tido untuk bangun awal pagi iaitu sebelum subuh, mandi
awal, sebelum tido maafkan semua orang dan doa supaya hari esok lebih
baik dari hari ini... bangun pagi tengok cermin dan senyum kepada diri
sendiri... mandi, solat dan buat hobi kesukaan di pagi hari... serta
ucapankan kata-kata indah kepada orang lain... cubalah, pasti harimu
akan berseri...
Doa Amalan:
Amalkan membaca surah al-Insyirah sebelum tido dan niat dipermudahkan
segala urusan esok. Insha Allah, Allah akan permudahkan urusan kita dengan lapang dan mudah...
myfirdz-trulylove.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan