Home Klik Di Bawah

Rabu, 14 Mei 2014

Fuhhh..Cawan Termahal Di Dunia


cawan_termahal
Mahal dan bersejarah…cawan dari Dinasti Ming yang dibeli oleh Yiqian  pada harga RM117 juta
Cawan di atas kemungkinan menjadi cawan yang mempunyai nilai sejarah dan paling mahal di dunia.  Cawan tersebut sememangnya mahal kerana sukar ditemui dimana-mana pun.  Keaslian pembuatannya dan meninggalkan nilai sejarah pada Dinasti Ming menyebabkan seorang lelaki bernama Yiqian sanggup membelinya pada harga lelongan RM117 juta.

Cawan minuman keras era Dinasti Ming yang sukar ditemui, memecahkan rekod lelongan dunia untuk mana-mana porselin China semalam, apabila ia dijual di Hong Kong pada harga AS$36.05 juta (RM117 juta) kepada jutawan Shanghai Liu Yiqian, demikian menurut pusat lelongan Sotheby.



Cawan kecil porselin berwarna putih itu yang dihiasi dengan lukisan berwarna ayam jantan dan ayam betina yang b ersama anak-anak ayam dihasilkan semasa era Maharaja Chenghua antara 1465 dan 1487.

Harga itu mencatat rekod baru bagi porselin China, menurut Sotheby mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh ‘vas bentuk labu’ dari era Qianlong yang dijual pada harga HK$252.66 juta (RM104 juta) pada 2010.

Harga itu jauh mengatasi rekod sebelum ini oleh porselin Dinasti Ming — yang dipegang oleh vas berwarna biru dan putih yang dijual pada harga HK$168.66 juta (RM70.4 juta) pada 2011.
Sumber  :  Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan