Home Klik Di Bawah

Khamis, 22 Mei 2014

Info - Beza hibah dengan faraid

Beza hibah dengan faraid

Saya ada kemusykilan mengenai pembahagian harta dibuat arwah bapa sebelum meninggal dunia. Arwah memberi rumah dan kereta kepada anak sulung, manakala kedai runcit kepada cucu lelakinya iaitu anak kepada anak sulung.

Pemberian dibuat secara lisan dan didengari semua anak serta menantu. Adakah pembahagian harta ini sah? Apakah hukumnya jika anak lain tidak berpuas hati dengan pembahagian ini dan mengatakan arwah tidak adil?

Apakah anak lain boleh menuntut harta itu dengan memfail saman supaya hukum fara'id dilaksanakan?



-------

Saudara perlu jelas sama ada harta diberi adalah harta hibah (hadiah) atau hibah bersyarat yang dapat dibuktikan dengan penulisan jelas, sudah dipindah milik.

Firman Allah: "Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

"Tetapi sesiapa yang mengetahui orang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah, ayat 181-182)

Hukum wasiat kepada waris dimansuh dengan sabda Rasulullah; "Sesungguhnya Allah memberikan yang mempunyai hak akan haknya, dan tiada wasiat bagi waris." (Hadis Riwayat Tarmizi).

Sebagaimana dipersetujui ulama, sedarlah selepas seseorang itu mengadap Ilahi, harta arwah adalah milik Allah dan dikembalikan kepada warisnya melalui faraid dan wasiat (tidak lebih daripada sepertiga), hutang, wakaf (jika ada) dan ibadat tertangguh (haji, umrah atau fidyah puasa).

Dalam masalah ini, digalakkan kita bertolak ansur kerana kebanyakan manusia terus rakus merebut harta pening-galan.

Jangan kita dihina dengan harta dunia sehingga ikatan persaudaraan terlerai dan mengundang bala Allah SWT. Semoga harta peninggalan arwah menguatkan ikatan kekeluargaan dan menjadi bekalan arwah di alam barzakh, bukan sebaliknya

Oleh Ustaz Haslin Baharim

 http://anizyn.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan