Home Klik Di Bawah

Khamis, 22 Mei 2014

Resepi Pembuka Selera - GULAI LEMAK KELADI DAN IKAN KERING

  
Bahan-bahan:

2 rumpun batang keladi serta isinya

5 keping tulang ikan kering

10 tangkai cili api – ditumbuk

1 ulas bawang kecil - dihiris



3 cawan santan yang tidak terlalu pekat

Garam secukup rasa

Sedikit kunyit - ditumbuk

1 batang serai – dititik


Cara menyediakan:

1.Siang keladi, bersihkan dan celur hingga isi keladi separuh empuk.

2.Angkat dan tuskan airnya.

3.Masukkan ikan kering, cili api, bawang hiris, serai, kunyit, santan dan garam di dalam periuk.

4.Biar ia menggelegak sambil dikacau supaya kuah tidak pecah minyak.

5.Masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi.

6.Biarkan ia mendidih sekejap.

7.Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas.
saji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan