Home Klik Di Bawah

Ahad, 18 Mei 2014

Resepi - Ayam Goreng Berempah Rangup

Pastikan ayam dimasak dengan api sederhana supaya isinya masak kerana peha ayam mengambil masa lebih lama berbanding dada ayam.

AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP

Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 5 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 500gm paha ayam
  • 250ml minyak masak
  • 40gm bawang putih | dikisar halus
  • 30gm halia | dikisar halus
  • 1 biji telur ayam
  • 10gm daun kari
  • 60gm serbuk kari daging
  • 15gm serbuk cili
  • 25gm serbuk kunyit
  • 10gm serbuk jintan manis
  • 10gm serbuk jintan manis
  • 125gm tepung jagung
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
 
1. Letakkan ayam yang siap dipotong dan dibersihkan ke dalam bekas atau mangkuk.
2. Masukkan bahan kisar dan pecahkan telur ke dalam bekas tadi.
3. Gaul sehingga rata dan masukkan daun kari, serbuk kari daging, sebuk kunyit, jintan putih, cili, jintan manis dan tepung jagung gaul sehingga rata
4. Taburkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa dan perapkan satu jam.
5. Panaskan minyak di dalam kuali
dan gorengkan ayam tersebut.
6. Kacau perlahan sehingga ayam tersebut cukup masak dan garing.
7. Hidangkan bersama cili atau tomato sos. Sedia dinikmati.
rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan