Home Klik Di Bawah

Jumaat, 6 Jun 2014

Fakta - Jom kenali Pencipta Skala Richter

 
Charles Richter,1970

Apabila berlakunya sesebuah gempa bumi, kadar sesebuah kekuatan gegaran akan diukur secara piawai adalah dengan menggunakan unit yang diberi nama skala richter.



  • Unit ini telah dicipta oleh seorang pakar seismologi pada tahun 1935 dari Amerika Syarikat iaitu Charles F. Richter.Unit  Skala Richter adalah sempena namanya. Beliau yang dilahirkan di sebuah ladang ternak di Ohio, Amerika Syarikat pada 26 April 1900. Mula digunakan untuk mengukur kejadian gempa bumi di California, Amerika Syarikat. Charles F. Richter mendapat pendidikan dalam bidang seismologi di “University of Southern California” dan Universiti Stanford. Pada tahun 1927, Charles F. Richter telah mula bekerja di makmal seismologi di Pasadena California dan setahun kemudian Charles F. Richter telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang theori fizik di Universiti CalTech pada tahun 1928. Beliau telah meninggal dunia pada 30 september 1985 ketika berumur 85 tahun.
  • Kemudian mula dikembangkan secara lebih terperinci untuk meluaskan penggunaannya.
  • Asasnya, ia diukur menggunakan logaritma gandaan atau amplitud gelombang yang telah direka dan dirakamkan oleh sebuah  mesin yang diberi nama seismograf.
  • Mampu mengukur kekuatan gempa bumi  dengan menggunakan pecahan decimal dengan setiap bacaan akan mewakili kekuatan 10 kali ganda berbanding angka yang sebelumnya.
 
Seismograf

 http://hairilhazlan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan