Memang benar bait kata dalam lagu Bukan Kerana Nama nyanyian Ramli Sarip
” Jangan kau pandang, Wajah yang indah, Kerna dia bisa meracunmu”.Ketika pertama kali aku kenal cinta, aku telah disuntik racun keasyikan dunia percintaan.
Bagi aku yang pertama kali kenal cinta, sungguh aku jakun. Aku
seakan disihir oleh bibir merahnya. Aku mengikut sahaja apa yang
dia inginkan. Boleh dikatakan aku banyak berhabis duit untuk si
dia, cintalah kononnya. Benda yang paling mahal aku belikan untuk
dia adalah telefon bimbit. Pujuk rayu dia membuat aku cair, lebur
habis duit aku.
Padahal aku ini bukanlah anak orang kaya. Cuma kerja
biasa-biasa sahaja. Tetapi sanggup dia kikis duit aku, licin dicukur
oleh si dia yang aku sayang ketat-ketat. Bukan aku nak berkira, tetapi
pernah aku sampai kering poket, duit gaji habis sebelum cukup bulan,
terpaksa pula aku pinjam duit daripada kawan aku.
Terpaksa aku makan meggi disebabkan awek cun punya
pasal. Sebabnya nak belanja awek cun tadi tengok wayang dan bawa dia
jalan-jalan. Nak buat buah hati gembiralah kononnya barulah romantik.
Dalam pada masa yang sama aku pula yang menderita.
Aku yang semakin lama semakin serabut, mulai tersedar selepas emak
aku berleter, selama ini si dia cuma ingin menpergunakan aku. Cinta
yang aku tabur tak bernilai buat dirinya. Hanya duit aku sahaja yang
dia sayang. Hampir 6 bulan bercinta, selepas itu hubungan kami
putus. Semenjak itu aku mulai mengerti akan ciri-ciri awek cun yang
sebenar.
Ciri-ciri Awek Cun Idaman Kalbu
1. Berpegang teguh pada agama.
Ini memang ada disebutkan dalam hadis. Jadi kriteria ini memang patut
kita ikut, jangan kelabu mata cuma dengan kecantikan luaran sahaja.
Cantik itu takkan kekal lama, bunga yang mekar akan layu jua akhirnya.
2. Awek yang setia, susah senang dihadapi bersama.
Alam perkahwinan lebih mencabar daripada alam percintaan. Awek yang
setia akan selalu disayangi lelaki. Kesetiaan amat penting di dalam
perhubungan, tiada kesetiaan runtuhlah ia.
3. Rajin masak walaupun dia bukannya pandai sangat masak (goreng ikan pun boleh hangit) tapi dia rajin masak.
Dan dia mencuba untuk belajar masak masakan kegemaran suami. Sebab
air tangan isteri lebih berkat dibuat hidangan si suami mengalas perut.
4. Pembersih, awek yang cun mestilah bersih bukan.
Takkan orang lelaki nak cari awek yang pengotor. Ini penting sebab
nanti bila sudah berkahwin, rumah akan selalu kemas dan teratur, baru
tenang hati suami bila balik ke rumah.
5. Tidak mengambil kesempatan.
Jika nak jadi awek cun cintailah dan sayangilah lelaki seadanya.
Bukannya cinta disebabkan harta atau untuk dipergunakan. Awek seperti
inilah akan buat ramai lelaki diluar sana serik untuk bercinta.
Nasihat aku kepada mereka yang baru hendak mengenali dunia cinta. Jangan terpedaya dengan paras rupa yang cantik semata-mata. Kecantikan awek cun
tidak semestinya akan membawa bahagia, mungkin mengundang padah. Bukan
niat aku hendak menakut-nakutkan lelaki diluar sana, tetapi beringatlah
selalu.
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang
jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang
jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka
(yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh
orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh
pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. – Surah An Nur ayat
26
denaihati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan