Tiang Wangi |
1- Tiang Wangi
Ini adalah tempat Rasullulah saw selalu bersolat dan bermunajat. Iaitu tempat berlakunya peristiwa tangisan batang tamar sewaktu Rasullulah saw berpindah menyampaikan khutbah di atas mimbar. Para sahabat saw selalu menyapu minyak wangi di tempat itu sebagai tanda tempat solat Rasullulah saw kerana itulah ia mendapat namanya "Tiang Wangi".
Mihrab |
Apakah itu Mihrab.
Mihrab adalah dalam bahasa Parsi, tetapi dalam bahasa Arab adalah sebuah ceruk didinding sebuah masjid yang menunjukkan kiblat, iaitu arah Kaabah di mana orang islam wajib mengadapnya sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat.
Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Makkah. Ia berbeza dari segi saiz tetapinya biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud pada era pemerintahan khalifah Umayyad al-Wlid 1 (705-715)
Mihrab seringkali disalah anggap sebagai mimbar. Namun, hakikatnya mimbar merupakan tempat untuk khatib menyampaikan khutbahnya.
Perkataan mihrab asalnya dilambangkan sebagai sebuah bilik khas di sebuah rumah; sebuah ruangan tahta di dalam istana . Fath al-bari ,dalam karyanya "tentang kuasa orang lain", telah mencadangkan mihrab adalah tempat termulia raja atau lokasi utama bahagian depan dan yang paling hormat.
Istilah ini digunakan oleh Rasullullah untuk menunjukkan ruangan doa peribadinya. Bilik tambahan yang diberikan akses kepada masjid yang berdekatan, dan nabi akan memasuki masjid melalui ruangan ini. Ini adalah maksud sebenar mihrab i.e sebagai bilik di dalam rumah.
Semasa pemerintahan khalifah Uthman binAffan, khalifah memerintahkan suatu tanda yang ditampal pada dinding masjid di Madinah. Para musafir akan mudah untuk mengetahui arah kedudukan kiblat sebenar yang terus menghadap ke Makkah. Namun, tanda itu adalah sebuah tanda di dinding tetapi tembok itu sendiri tetap dalam keadaan mendatar.
Mihrab yang kedua terletak di sebelah kanan mimbar yang dibina oleh Sultan Sulaiman Al-Uthmani pada tahun 860H.
Mihrab ini dikenali dengan nama "Mihrab Hanafi" iaitu tempat Imam Hanafi bersolat berjemaah bersama pengikutnya. Mihrab utama menjadi tempat solat Imam, Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie.
Peristiwa ini berlaku sewaktu umat islam terlalu taksub dan fanatik kepada mazhab masing-masing. Alhamdulilah, sekarang ini semua muslimin bersolat di belakang seorang imam sahaja.
Sewaktu hayat Rasullulah saw tidak ada mihrab di dalam masjid ini, sebaliknya ia mula dibina sewaktu pembesaran masjid di Zaman Al-Walid , iaitu sewaktu Gabenor Umar bin Abdul Aziz.
Sumber : Madinah Kelebihan dan Sejarah
http://mselim3.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan