Home Klik Di Bawah

Rabu, 16 Julai 2014

Resepi - Gulai Lemak Pisang Muda dan Ikan Masin

Jika tidak menggemari ikan masin, boleh saja digantikan dengan ikan bilis atau udang kering mengikut cita rasa.
Gulai Lemak Pisang Muda dan Ikan Masin

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ikat pisang emas muda | dikupas dan dipotong
  • 2 ekor ikan merah masin | dipotong kecil
  • 750ml santan pekat
  • 250ml santan cair
  • 1 helai daun kunyit | disimpul
  • 1 batang serai | dititik
  • Garam secukup rasa
 
BAHAN TUMBUK:
  • 15 biji cili padi
  • 3 biji bawang merah
  • 2.5cm kunyit hidup
 
 
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan tumbuk bersama santan cair, daun kunyit, serai dan ikan masin merah di dalam periuk. Biarkan mendidih.
2. Seterusnya masukkan pisang emas muda dan santan pekat. Reneh sehingga pisang menjadi lembut.
3. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan kacau sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan