Kuatnya sebatang pokok bergantung kepada akar tunjangnya. Jika akar
tunjangnya kuat, walaupun dipukul ribut taufan, pokok tidak mudah
tumbang. Demikianlah kekuatan fizikal m
anusia bergantung kepada hati. Jika hati kita kuat, walaupun sehebat
mana cabaran dan dugaan yang dihadapi, kita tidak mudah rebah dan patah
semangat.
Bahkan baik atau buruk perangai manusia itu bergantung kepada
hatinya. Sebagai mana hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu
baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging
itu rosak dan kotor, maka kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang
dimaksudkan itu ialah hati”.
Sebab itulah jika kita hendak berubah atau tidak, daripada amalan
hidup negatif kepada positif, bergantung kepada hati. Kita tidak akan
nampak diri kita salah, jika hati kita masih belum terbuka atau ‘buta
mata hati’. Kesedaran untuk membuat perubahan diri akan timbul apabila
hati kita bersih. Iaitu bersih daripada 10 penyakit hati dan jiwa yang
menyerlahkan perasaan negatif dalam diri kita.