Kepada orang awam,
1. Ambulan tidak akan muncul di hadapan rumah anda sejurus anda membuat
panggilan. Hal ini kerana ambulan kami tidak mempunyai
keupayaan-keupayaan yang istimewa seperti button turbo, melompat atas
divider, mahupun terbang terus ke lokasi anda.
2. Tolong berikan lokasi yang tepat serta tunggu di tempat tersebut
kerana kami tidak mempunyai kebolehan telepati ataupun psikik untuk
mengagak siapa dan di mana anda. Beri alamat rumah tiang elektrik no 8,
WOIII! Ingat senang kami nak cari satu-satu tiang elektrik?! Kami
perubatan, bukannya kerja dengan TNB.
3. Kami tidak mempunyai kuasa untuk mengubah ketentuan Illahi. Kami
bukan seperti Son Goku, Bezita, Kurosaki Ichigo, ataupun abarai renji
yang boleh masuk keluar Alam Barzakh sesuka hati.
4. Perkhidmatan ambulan adalah bukan untuk mengangkut anda yang demam
baru 3 hari atau mengalami gatal-gatal badan disebabkan kudis atau
skabis. Hangat hati woo bila sampai je di rumah korang yang besar
gedabak, dipenuhi sanak saudara dan kereta yang parking luar rumah pun
dekat nak 10 buah. Susah sangat ke nak hantar pergi hospital??
5. Tak perlu nak maki-maki kami dekat tempat kejadian dan suruh kami buat macam-macam. Kami
tahulah apa nak buat dan kami juga seperti kamu, mempunyai 2 tangan dan 2 kaki
6. Jangan ingat kami standby 1 ambulan, 1 rakyat kerana 27 juta ambulan
perlu diwujudkan. Memang Malaysia ini tak ada kereta, bas, Preve, Avanza
dan juga Kenari. Ambulan akan dijadikan public transport. Rimas tahu
tak asyik tengok ambulan je?
7. Jangan ingat semua fasiliti kesihatan menyediakan medical team untuk family KORG SAHAJA
Mayat tidak boleh menaiki ambulan. Kami cuma mnyediakan perkhidmatan
untuk mengangkut orang yang sakit ke hospital sahaja. Kami tidak
menyediakan imam untuk membacakan talkin, solat jenazah, dan kenduri
tahlil.
Sekian..
Sekadar perkongsian pada yang tahu
http://togehsegar.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan