Pernah tak anda tertanya-tanya apakah
perbezaan antara “Sleep” dengan “Hibernate”? Padahal fungsinya lebih
kurang sahaja. Tapi apakah berbezaan antara dua ini??
“Sleep” dan “Hibernate”
adalah perkataan yang sering kali kita jumpa dalam laptop atau komputer
kita. Apabila kita mahu tangguhkan kerja kita tanpa men’Shut Down’
komputer kita, kita akan pilih “Sleep” atau “Hibernate” . Namun tahukah
anda bahawa kedua-dua ini memiliki perbezaan tanpa kita sedari.
Oleh itu, ingin kongsikan perbezaan antara dua perkara ini.
PERBEZAAN ANTARA “SLEEP” DENGAN “HIBERNATE”
1) Sleep
- “Sleep” ini seperti seolah-olah kita
sedang pause DVD player – laptop dan terus berhenti daripada ‘bekerja’.
Selepas itu, bersedia untuk mulakan kerja balik bila on laptop atau
komputer tersebut
- Langkah menjimatkan kuasa elektrik,
komputer akan berhenti buat perkara yang sedang dibuat. Kiranya tak
perlu lagi nak biar komputer load barang-barang startup, semua tu
disimpan dalam RAM.
2) Hibernate
- Apabila ‘hibernate’, komputer
akan simpan semua dokumen dan program dalam hard disk dan akan turn off
(Bukan Shut Down) laptop atau komputer anda. Bila hibernate, laptop atau
komputer hanya menggunakan sedikit kuasa berbanding dengan sleep.
- “Hibernate’ juga salah satu langkah
menjimatkan kuasa elektrik, tapi langkah ini paling menjimatkan. Hal ini
disebabkan laptop atau komputer tidak mengguna RAM dan simpan semua
yang kita tengah guna dalam harddisk dan terus tidur separuh sedar. Jadi
bila nak guna balik, laptop atau komputer akan panggil balik file yang
terakhir yang kita guna. Fungsi ni selalu berguna untuk pengguna laptop
sebab jimat bateri dan tidak payah nak biar komputer load barang-barang
startup.
Kesimpulannya, “sleep” cepat sikit dari “hibernate” bila nak switch on balik komputer tetapi guna lebih kuasa elektrik berbanding “hibernate”. Cuma hibernate lambat sedikit berbanding “sleep”.
gilerkentang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan