aSSALAMMUALAIKUM WBT
alhamdulillah
masih berkesempatan meng-update blog untuk share sedikit ilmu untuk
dikongsikan dengan semua umat islam. Adakalanya dalam hidup kita, kita
akan mengalami kesempitan duit. Sempit sangat-sangat. Poket kering!
Pokai! Sampai minum kat kedai pun order air kosong. 50 sen pun berkira.
Time tu kalau ada sesiapa yang tetiba belanja makan or minum..rasa nak
peluk je orang tuh. Jumpa duit rm5 pun, memang bersyukur sesangat.
Itulah nikmat yang tak terhingga. Nikmat Allah yang tidak dapat
didustakan.
Lately
ni di fb "Mudahnya menjemput rezeki", telah share amalan untuk
menjemput rezeki ketika kecemasan. Ingat, bukan mencari rezeki tapi
menjemput rezeki. Jom reramai kita baca dan moga Allah jadikan ia
sebagai amalan kita.
( Amalan untuk kes - kes kecemasan tentang rezeki )
****************************
1) Bangun malam pada masa kebanyakan orang sedang nyenyak tidur. (sepertiga malam)
2) Lakukanlah solat-solat sunat seperti solat taubat & solat tahajjud.
3) Selepas itu, bacalah surah al-Ikhlas 200 kali
- 20 kali yang pertama dimulakan dengan 'Audzubillahiminasyaitannirrajim + Bimillahirrahmanirrahim . Kemudian sambunglah dengan surah al-Ikhlas ( Quhuallahuahad...)
- 180 kali yang berikutnya mulakan terus dengan Bismillahirrahmanirrahim sahaja + surah al-ikhlas
4) Setelah selesai. Berdoalah banyak-banyak...
5) Insya-Allah , akan dibukakan 300 pintu rezeki....
Selamat beramal.... Jika ada yang telah mengamalkannya, kongsi lah dengan kami. Amin
akusukatulisblog.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan