Home Klik Di Bawah

Selasa, 25 November 2014

Dilema Perkahwinan Tanpa Restu , BAHAGIA Sekali , DERITA Berkali-kali !


Atas alasan cinta itu buta, pasangan yang asyik berkasih sayang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bersama tanpa mengira perasaan orang lain lebih-lebih lagi ibubapa itu sendiri. Mereka sanggup menolak ketepi pandangan dan keputusan ibu bapa dan keluarga terhadap pasangan mereka.
 
Bagi mereka, pasangan mereka adalah lebih baik dari segala-galanya. Dan sebab itulah terjadinya isu perkahwinan tanpa restu ibu bapa sehingga ada yang sanggup berkahwin secara diam-diam. Tahu-tahu je, dah berkahwin.





Ada sebabnya kenapa ibu dan bapa menolak untuk merestui perkahwinan anda. Mungkin ibu bapa masih belum mengenal pasangan anda betul-betul atau faktor-faktor tertentu yang menyebabkan pasangan anda tidak boleh diterima dengan baik.

Kesan Perkahwinan Tanpa Restu
Niat anda untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan dengan anda dengan cara yang sah adalah sesuatu yang amat-amat disukai oleh Islam. Tetapi untuk menolak ibu bapa dari hidup anda, ia adalah satu dosa kerana anda telah melukai hati mereka yang menjaga dan membesarkan anda sejak dari kecil lagi.
 
Pada awal perkahwinan mungkin anda tidak akan menghadapi sebarang masalah lagi dalam rumahtangga tetapi untuk jangka masa yang panjang, mungkin ada sedikit sebanyak kesannya. Di awal perkahwinan, bibit-bibit cinta itu masih lagi mekar. Kata orang-orang tua, “Kalau pasangan anda kentut pun masih berbau wangi”. Tetapi dalam 5 hingga 10 tahun anda akan terasa kesannya seperti:
 
  • tidak lagi bahagia
  • sentiasa tidak tenang
  • selalu bergaduh kerana perkara kecil
  • anak-anak degil dan tidak mendengar kata
  • ketidakserasian sesama pasangan secara tiba-tiba
 
Ibu bapa juga tidak terkecuali menerima kesan daripada perkahwinan tanpa restu mereka ini. Anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil sehinggalah besar dan bijak dalam membuat keputusan sendiri tiba-tiba menolak diri mereka disebabkan pasangan anda. Hati mereka bagaikan dirobek dan dihiris-hiris dengan pisau. Bayangkan sekiranya anak anda yang mebuatkan perkara yang sama terhadap anda anda kelak. Apakah perasaan anda?
Jalan Terbaik Menangani Dilema Perkahwinan Tanpa Restu
 
jomkahwin
Bukanlah semua hubungan dan perkahwinan tanpa restu ibu bapa tidak boleh diteruskan ataupun tidak boleh mencapai kebahagian seperti orang lain. Sebaik-baiknya cubalah mendapatkan kebenaran dan restu ibu bapa terlebih dahulu dalam setiap apa jua yang kita lakukan.
 
Untuk pengetahuan anda, ibu bapa tidak pernah menghalang atau menidakkan hak anda sebagai seorang anak untuk memilih pasangan dan kebahagian anak itu sendiri. Mereka cuma mahukan yang terbaik untuk setiap anak mereka.  Dan sebagai anak, buktikanlah dahulu cinta anda kepada ibu bapa anda melebihi kasih sayang anda terhadap si dia. Bila anda mampu buktikan kekuatan kasih sayang anda terhadap ibu bapa melebihi kasih anda terhadap kekasih, ibu bapa akan hormati anda, lebih menyayangi anda dan tidak mustahil, akan tiba satu masa, pilihan anda menjadi pilihan mereka juga. Cuma perlu bersabar, solat dan doa kepada-Nya.
 
 
1) Bawalah pasangan anda ke rumah agar ibu bapa dapat berkenalan dengan pasangan anda dahulu

2) Sekiranya ibu bapa tetap tidak menerima pasangan anda, cuba cari sebab dimana dan perbaiki kelemahan tersebut

3) Sentiasa berdoa kepada-Nya agar dilembutkan hati ibu bapa dalam menerima pasangan anda
* * * * * * * * * * * * * * * * * *
 
Bagi ibu bapa, jika calon menantu bukanlah pilihan anda tetapi tetap digilai si anak, bantulah si anak jadikan kekasihnya calon pilihan anda dengan usaha dan doa. Jangan sesekali memusnahkan kebahagian masa depan anak anda gara-gara terlalu megikutkan emosi anda sendiri. Dan semoga anda sekeluarga bertambah bahagia dengan bertambahnya keluarga baru.
 
Sebagai si anak pula, anda hendaklah menyakinkan bahawa kepada ibu bapa bahawa si dia adalah jodoh yang terbaik untuk diri anda dan keluarga.
m ediaserius.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan