Atas alasan
cinta itu buta, pasangan yang asyik berkasih sayang sanggup melakukan
apa sahaja asalkan dapat bersama tanpa mengira perasaan orang lain
lebih-lebih lagi ibubapa itu sendiri. Mereka sanggup menolak ketepi
pandangan dan keputusan ibu bapa dan keluarga terhadap pasangan mereka.
Ada sebabnya
kenapa ibu dan bapa menolak untuk merestui perkahwinan anda. Mungkin ibu
bapa masih belum mengenal pasangan anda betul-betul atau faktor-faktor
tertentu yang menyebabkan pasangan anda tidak boleh diterima dengan
baik.
Kesan Perkahwinan Tanpa Restu
Niat anda untuk
mendirikan rumahtangga dengan pasangan dengan anda dengan cara yang sah
adalah sesuatu yang amat-amat disukai oleh Islam. Tetapi untuk menolak
ibu bapa dari hidup anda, ia adalah satu dosa kerana anda telah melukai
hati mereka yang menjaga dan membesarkan anda sejak dari kecil lagi.
Pada awal
perkahwinan mungkin anda tidak akan menghadapi sebarang masalah lagi
dalam rumahtangga tetapi untuk jangka masa yang panjang, mungkin ada
sedikit sebanyak kesannya. Di awal perkahwinan, bibit-bibit cinta itu
masih lagi mekar. Kata orang-orang tua, “Kalau pasangan anda kentut pun masih berbau wangi”. Tetapi dalam 5 hingga 10 tahun anda akan terasa kesannya seperti:
- tidak lagi bahagia
- sentiasa tidak tenang
- selalu bergaduh kerana perkara kecil
- anak-anak degil dan tidak mendengar kata
- ketidakserasian sesama pasangan secara tiba-tiba
Ibu bapa juga
tidak terkecuali menerima kesan daripada perkahwinan tanpa restu mereka
ini. Anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil
sehinggalah besar dan bijak dalam membuat keputusan sendiri tiba-tiba
menolak diri mereka disebabkan pasangan anda. Hati mereka bagaikan
dirobek dan dihiris-hiris dengan pisau. Bayangkan sekiranya anak anda
yang mebuatkan perkara yang sama terhadap anda anda kelak. Apakah
perasaan anda?
Jalan Terbaik Menangani Dilema Perkahwinan Tanpa Restu
Bukanlah semua
hubungan dan perkahwinan tanpa restu ibu bapa tidak boleh diteruskan
ataupun tidak boleh mencapai kebahagian seperti orang lain.
Sebaik-baiknya cubalah mendapatkan kebenaran dan restu ibu bapa terlebih
dahulu dalam setiap apa jua yang kita lakukan.
Untuk
pengetahuan anda, ibu bapa tidak pernah menghalang atau menidakkan hak
anda sebagai seorang anak untuk memilih pasangan dan kebahagian anak itu
sendiri. Mereka cuma mahukan yang terbaik untuk setiap anak mereka.
Dan sebagai anak, buktikanlah dahulu cinta anda kepada ibu bapa anda
melebihi kasih sayang anda terhadap si dia. Bila anda mampu buktikan
kekuatan kasih sayang anda terhadap ibu bapa melebihi kasih anda
terhadap kekasih, ibu bapa akan hormati anda, lebih menyayangi anda dan
tidak mustahil, akan tiba satu masa, pilihan anda menjadi pilihan mereka
juga. Cuma perlu bersabar, solat dan doa kepada-Nya.
1) Bawalah pasangan anda ke rumah agar ibu bapa dapat berkenalan dengan pasangan anda dahulu
2) Sekiranya ibu bapa tetap tidak menerima pasangan anda, cuba cari sebab dimana dan perbaiki kelemahan tersebut
3) Sentiasa berdoa kepada-Nya agar dilembutkan hati ibu bapa dalam menerima pasangan anda
* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Bagi ibu bapa,
jika calon menantu bukanlah pilihan anda tetapi tetap digilai si anak,
bantulah si anak jadikan kekasihnya calon pilihan anda dengan usaha dan
doa. Jangan sesekali memusnahkan kebahagian masa depan anak anda
gara-gara terlalu megikutkan emosi anda sendiri. Dan semoga anda
sekeluarga bertambah bahagia dengan bertambahnya keluarga baru.
Sebagai si anak
pula, anda hendaklah menyakinkan bahawa kepada ibu bapa bahawa si dia
adalah jodoh yang terbaik untuk diri anda dan keluarga.
m ediaserius.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan