Ape korang tau tentang karnivor ?? Karnivor merujuk kepada
haiwan pemangsa yang makan haiwan lain untuk terus hidup. Tau tak korang
sebenarnye dalam dunia tumbuhan jugak tergolong dalam kumpulan karnivor. Memang
ade. Tanaman karnivor nie kebanyakkan ditemui di tempat di mana tanahnye yang
mengandungi nutrisi yang kurang. Ini menyebabkan tumbuhan terpaksa menangkap
serangga dan arthropoda untuk menyerap nutrisinye. Kat sini Mr R listkan kat
korang 10 tanaman karnivor yang paling unik kat dunia. Jom tengok..
Pertama : Dionaea Muscipula
Pertama : Dionaea Muscipula
Dionaea Muscipula atau lebih
dikenali sebagai ‘Perangkap Lalat Venus’ mungkin merupakan tumbuhan karnivor
yang paling terkenal dengan makanan utamanye ialah serangga dan araknida.
Tumbuhan nie ialah tumbuhan kecil yang memiliki 4-7 helai daun yang tumbuh dari
batang bawah tanah. Helaian daun nie mempunyai lubang yang mengandungi pigmen
merah dan berlendir. Lubang nie akan tertutup dengan cepat jika bulu di
dalamnye terangsang. Setelah mangsanye terperangkap dan tak dapat melarikan
diri, tumbuhan nie akan menghasilkan ‘perut’ tertutup di mana pencernaan dan
penyerapan akan berlaku di sini
Kedua : Aldrovanda Vesiculosa
Aldrovanda Vesiculosa jugak
dikenali sebagai “Tumbuhan Kincir Angin’ adalah tumbuhan air tanpa akar. Tumbuhan
nie biasanye akan makan verterbrata air yang kecil menggunakan perangkap
kancing. Sebahagian besar tumbuhan nie terdiri daripada batang yang mampu
mengembang sehinnga 6-11 cm panjang. Perangkap secara asasnye terdiri daripada
dua lubang yang akan melipat untuk membuat perangkap.Perangkap nie memerlukan
masa 10 milisaat untuk tertutup dan menjadikannye salah satu tumbuhan yang
paling cepat pergerakkannye
Ketiga : Byblis
Byblis atau tumbuhan pelangi
adalah tumbuhan karnivor kecil yang berasal dari Australia. Gelaran tumbuhan
pelangi berasal dari penampilan menariknye jika dilihat dibawah sinar
matahari. Daunnye mempunyai penampang
bulat dan cenderung untuk memanjang dan meruncing di hujungnye. Permukaan daun akan mengeluarkan zat mucilaginous yang melekit
untuk memerangkap serangga kecil
Keempat : Drosera
Drosera mudah ditemui di
semua benua kecuali Antartika. Drosera dapat menunduk atau menegak dengan
ketinggian dari 1 cm hingga 1 meter dan boleh hidup sehingga 50 tahun. Drosera
mempunyai kelenjar sesungut yang bergerak dan ditutupi cairan lekit yang manis.
Semasa serangga hinggap ke sesungut tersebut, tanaman nie dapat menggerakkan
lebih banyak sesungutnye ke arah serangga untuk menangkapnye. Setelah
ditangkap, kelenjar sessile kecil akan mencerna serangga tersebut dan menyerap
nutrisi yang digunakan untuk pertumbuhannye
Kelima : Pinguicula
Pinguicula adalah tumbuhan
karnivor yang menggunakan kelenjar daun yang melekit untuk memikat, memerangkap
dan mencerna mangsa. Terdapat 80 spesis tumbuhan nie yang boleh didapati di
sekitar Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Asia. Daun Pinguicula sangat
berair dan biasanye berwarna hijau cerah ataupun merah muda
Keenam : Utricularia
Utricularia adalah tumbuhan
karnivor yang mempunyai lebih 220 spesis. Tumbuhan nie selalunye dapat dijumpai
di kawasan air tawar dan tanah lembab di semua benua kecuali Antartika.
Sebahagian besar spesis nie memiliki perangkap yang sangat kecil dimana ia
hanya mampu memerangkap mangsa bersaiz mikro seperti protozoa. Perangkap
memiliki rambut-rambut kecil yang terlekat pada pintu perangkap. Apabila
bulu-bulu nie dirangsang oleh pergerakan serangga, ia akan terus terbuka dan
memerangkap mangsanye
Ketujuh : Darlingtonia
California
Darlingtonia California jugak
dikenali sebagai Lilly Cobra adalah tanaman yang berasal dari California Utara
dan Oregon. Tumbuhan nie sangat jarang ditemui. Daunnye berbentuk bulat dan
membentuk rongga dengan bukaan yang terletak di bawah struktur seperti belon
dan dua daun runcing yang tergantung di hujung seperti taring. Setelah mangsa
masuk perangkap, mangsa akan kebingungan dengan bintik besar bercahaya yang
dihasilkan tanaman nie. Bulu-bulu halus di dalamnye akan menarik mangsa masuk
ke oragan pencernaan
Kelapan : Genlisea
Genlisea jugak dikenali
sebagai tumbuhan pembuka botol dan terdapat 21 spesis yang tumbuh di kawasan
basah di seluruh Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Genlisea adalah
tumbuhan kecil dengan bunga berwarna kuning yang menggunakan perangkap lobster
( perangkap yang mudah masuk tetapi tak mungkin keluar ). Dengan bantuan aliran
air, tumbuhan nie mampu memerangkap mikroorgamisme kecil untuk diserap dan
dicernakan
Kesembilan : Nepenthes
Nepenthes ataupun periuk kera
merupakan tumbuhan tropika yang berbentuk kendi. Terdapat sekitar 130 spesis
tumbuhan nie yang boleh ditemui di China, Malaysia, Indonesia, Filipina,
Madagaskar, Seychelles, Australia dan India. Gelaran periuk kera berasal daripada
fakta yang menceritakan bahawa monyet selalu minum air hujan yang bertakung
dalam tumbuhan nie. Tumbuhan nie menghasilkan cecair yang digunakan untuk
menenggelamkan dan mencerna serangga. Sebahagian besar tumbuhan kecil nie
cenderung untuk memerangkap serangga je, tapi terdapat beberapa spesis yang
lebih besar seperti Nepenthes Rafflesiana dan Nepenthes Rajah mampu memerangkap
mamalia kecil seperti tikus
mrrizalpage.blogspot
Kesepuluh : Sarracenia
Sarracenia adalah tumbuhan
karnivor yang berasal dari daerah Persisir Timur Amerika, Texas, Great Lakes
dan Tenggara Kanada. Daun tumbuhan nie berbentuk corong dengan struktur seperti
atap untuk mencegah air hujan mengganggu cecair pencernaannye. Serangga akan
tertarik dengan warna dan bau nektar di ‘bibir’ tanaman nie. Daunnye yang licin
dan daya tarikan nektar menyebabkan serangga terjatuh dan akan mati
sebelum dicerna oleh enzim protease dan
enzim pencernaan yang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan